This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, August 27, 2009

BLOG INI MASIH LAGI DALAM KEMASKINI

Kesabaran dan kepercayaan


Ada orang tanya aku macam mana nak cari kawan,sahabat yang baik???Aku menjawab”sahabat yang baik, adalah sahabat yang mana telah Rasulullah describe, seorang yang apabila kamu lihat wajahnya, teringatlah kamu akan Allah.,percakapannya menambahkan ilmu mu,dan tingkah lakunya mengingatkan kamu kepada akhirat,

Untuk jalinkan persahabatan yang berpanjangan, kita perlukan 2 benda, kesabaran dan kepercayaan.Kepercayaan tanpa kesabaran, atau sebaliknya akan menyebabkan hubungan tu takkan lama.kawan atau sahabat yang baik, dia takkan sakitkan hati kamu,dan kalau dia terlanjur buat benda yang kamu tersinggung, dia akan cepat-cepat mintak maaf dan bila kamu yang bersalah, kamu mintak maaf, dia dengan hati terbuka akan memaafkan kamu dengan penuh senyuman ikhlas, sehingga kamu terasa bertambah malu dan segan dengannya selepas mintak maaf...

Dia juga sentiasa ingatkan kamu kepada Allah,selalu ingatkan kamu kepada solat,selalu ingatkan kamu kepada akhirat,dan pesan aku, jangan sekali-kali kamu buatkan dia terasa dikhianati terutamanya selepas dia letakkan kepercayaan yang besar terhadap kamu sebab batas kesabaran di luar sempadannya adalah khianat!!!

Islam menggalakkan umatnya berniaga

Perniagaan adalah salah satu dari sumber rezeki,sepertimana pada zaman yang begitu mencabar ini,ramai yang berlumba-lumba untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Tidak kira jenis perniagaan yang diceburi, sama ada besar atau kecil ia merupakan salah satu sumber pendapatan.

Tidak dinafikan melalui perniagaan seseorang mampu mengubah kehidupan mereka. Jatuh bangun dalam berniaga adalah adat dalam perniagaan. Begitu juga dalam Islam, sememangnya umat Islam digalakkan mencari rezeki melalui cara berniaga. Malah ini juga telah dinyatakan dalam Hadis bahawa sembilan daripada sepuluh sumber rezeki melalui perniagaan.
“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ( untuk uruskan urusan masing-masing ) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah serta ingatlah akan Allah banyak-banyak ( dalam segala keadaan supaya kamu berjaya di dunia dan akhirat ).”( Surah al-Jumaat, ayat 10).


Ayat ini menjelaskan Allah tidak menghalang sesorang mencari sebanyak mana pun dari nikmat Allah s. w. t khususnya dalam perniagaan tetapi seharusnya tidak mengabaikan suruhan-Nya.


Setiap manusia yang dilahirkan telah ditentukan rezeki masing-masing. Jadi, melalui rezeki itulah pula kita sebagai manusia berusaha untuk mendapatkan rezeki. Telah diterangkan dalam hadis bahawa terdapat sepuluh sumber rezeki yang Allah turunkan, sembilan dapadanya ialah dari berniaga. Manakala satu bahagian yang selebihnya dari sumber yang lain. Sebab itulah kita digalakkan berniaga. Perniagaan cara Islam amat menitikberatkan halal dan haram. Disamping itu, dalam Islam, perniagaan dihalalkan dan amalan riba pula diharamkan pelaksanaannya.

Bagaimanapun, menjalankan perniagaan sama ada berbentuk Islamik atau corak perlaksanaan adalah sama sahaja. Apa yang berbeza hanyalah dari segi etika yang diamalkan dalam perniagaan tersebut.

Dalam menjalan dan melaksanakan perniagaan, seseorang seharusnya menjaga etika dalam perniagaan. Mengelakkan amalan riba dalam perniagaan dan pentingnya dalam berniaga untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah. Seharusnya kita sebagai umat Islam memikirkan untuk mencari keberkatan dalam kehidupan. Setiap orang diberikan rezeki, bukannya diberikan harta. Jadi, jika harta bertimbun tapi tidak mendapat keberkatan dari Allah s. w. t tidak guna juga.Dalam perniagaan kita tIdak melihat pada wang dan keuntungan sahaja, sebaliknya terdapat nilai yang berdiri disebalik perniagaan tersebut yang harus kita jaga.

Persaingan dalam perniagaan pula dianggap ia satu perniagaan pula dianggap ia satu kebaikan. Kita melihat persaingan tersebut dari aspek yang sihat. Persaingan itu menjadikan kita terus berusaha untuk mendapatkan yang terbaik dan meningkatkan prestasi kita. Tetapi jangan pula memandang persaingan dari sudut yang negatif. Tengok orang maju, kita sibuk berdengki, kita kalut cari bomoh, bagi perniagaan orang lain tu tak maju, tak nampak,tu yang tak betulnya dalam berniaga. Buat apa kita nak berdengki, rezeki itu Allah s. w. t dah tetapkan untuk setiap orang.
Dalam perniagaan, seseorang itu mudah mendapat rezeki dan banyak jalan yang diberikan untuk mendapatkan rezeki melalui ini. Namun begitu, Allah s. w. t pada setiap jalan yang diberikan sebaliknya Dia memberikan banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh para perniagaan.

Salah satu cabaran yang diturunkan adalah risiko untung rugi. Ia akan melihat sejauh mana kita menerima setiap ujian-Nya, sama ada dari sudut positif atau negatif.

Ada yang silap faham dalam konteks mencari kekayaan. Tidak salah mencari kekayaan asalkan kekayaan yang diperolehi itu tidak melekat di hati, tidak masuk dalam hati sehingga menyukarkan kita untuk membuat kebaikan.

Rasulullah juga mengallakkan kita sebagai umat Islam mencari kekayaan, salah satunya melalui perniagaan, tapi janganlah sampai ia menghalang seseorang itu semakin payah untuk buat amal kebajikan sehingga lupa mengeluarkan zakat, harta yang diperolehi juga mendapat keberkatan.

Jelaslah Islam sesungguhnya amat menggalakkan umatnya menceburi bidang perniagaan. Selagi ia tidak dimanipulasikan sebagai medan peperangan untuk menjatuhkan orang lain, perniagaan adalah salah satu cabang mencari rezeki yang dipermudahkan jalannya

Cutiku yang telah berlalu

Syukur

Nampaknya musim cuti telah pun berlalu,seperti yang kita sdia maklum semua pelajar-pelajar seluruh ipt akan memulakan fasa baru dalam sesi pembelajaran kali ini.Begitulah cepatnya masa berlalu,kadang-kadang kita hampir terleka dengan keseronokan yang dilalui sehari-hari.Walaupun begitu,bagi yang berjiwa matang setiap detik,setiap waktu tidak akan melepaskan peluang untuk berbakti memuntahkan segala keringat demi Islam yang Agung.Aku percaya ramai sahabat-sahabat di luar sana sibuk dengan aktiviti dakwah masing-masing dan aku doakan semoga kalian istiqamah dalam gerak kerja yang dilaksanakan.

Dalam sedar tak sedar aku dah pun hampir berada diambang tahun tiga pengajian.Alhamdulillah,kalimah syukur ini aku tujukan ke atas yang Maha Esa,dan inilah diriku yang masih lagi diberi kesempatan untuk mengecapi hidup di alam fana yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini.Sudah lama aku menyepi di arena maya ini tanpa sebarang catatan,al maklumlah musim cuti pelbagai aktiviti yang harus aku lakukan.


Teman karibku…

Di waktu cuti panjang ,biasanya buku lah yang menjadi teman karib aku di kala manusia sedang lena dengan buaian dunia.Ku kira ini lah hobi yang menjadi kegilaanku di waktu pengajian.Memang sudah lumrah perangai ku yang pantang tengok buku dalam kedai terus kebas!!! sekali kaki melangkah masuk,tangan yang menghayun ni takkan di biarkan kosong,sudah menjadi kemestian aku akan pastikan yang aku akan memiliki sebuah buku,tak kira yang bersaiz kecil,sederhana tebal,tebal ataupun nipis akan berada di genggaman.

Beberapa hari sebelum berangkat ke tempat pengajian aku berpeluang memiiki tiga buah buku bersaiz sederhana tapi padat dengan ilmu dan pesanan-pesanan yang amat menjadi titik tolak pemikiran kearah yang lebih matang.Buku yang membicarakan tentang konflik dalam perjuangan gerakan islam serta tunjang utama yang menjadi punca kekangan seorang pejuang.Mungkin sahabat-sahabat di luar sana sudah pun memiliki buku yang aku maksudkan ni...kemuncup dalam perjuangan…Pergolakan demi pergolakan telah berlaku,persepsi demi persepsi di timbulkan,namun parti PAS masih lagi mendapat kepercayaan di hati rakyat.Disini aku tidak mahu menyentuh lebih panjang pasal kandungan buku ini,tapi apa yang pasti anda semua pasti dapatkannya.


Cepat masa berlalu

Apa yang aku dapat 2 tahun nih? berkenalan dengan usaha agama dengan mendalam? Alhamdulillah,banyak benda yang aku belajar kat usim ni, buat mujahadah dan pengorbanan untuk agama, walaupun tak seberapa... ye la, nak dibandingkan dengan pengorbanan Rasulullah dan para Sahabat, memang jauh sangat bagai langit dengan bumi... tambahan lagi usim ni usaha agamanya bukannya macam ipta lain.

Terlalu cepat masa berlalu,walaupun baru memasuki tahun tiga pengajian ia memang satu jangkamasa yang lama,kawan dan kenalan datang dan pergi dalam hidup,ada yang dah grad,ada yang bertukar haluan,ada yang dah kawin, yang dah jadi arwah pun ada.Kalau di putar balik masa,dahulunya aku di sini tiada kawan,sekarang Alhamdulillah bukan setakat student dibuat kawan... daripada pihak pentadbiran hinggalah kepada mak cik cleaner di buat kawan,heh!!!

Tapi banggakah aku dikenali orang?megah ke bila dikenali ramai? dengan imej yang baik? hebat ke aku bila junior pun tabik hormat? kemana² ada je orang panggil “ kak jibah,kak jibah???”hebat ke bila ramai orang ajak bertaaruf? nak berkenalan lebih rapat etc....thiqah sangat ke? hakikatnya aku ni nothing,semuanya ni bukannya kemuliaan tapi ini pun adalah sebahagian ujian daripada Allah,ujian sejauh mana aku dapat buang suma'ah, takbur dan ujub dari dalam hati aku, payah dan susah nak buang perasaan sebegini,tapi kena lah sentiasa memperbaiki niat kembali kepada Allah. Ya Allah, tutuplah keaiban aku, di dunia dan akhirat... mintak ampun atas arRahim Allah yang Maha Luas.


Sedih di atas diri sendiri

Diri sendiri pun terasa sedih gak,terasa ketara sangat slacknya aku sekarang,iman terasa lemah,terasa semakin takde kemanisan dalam ibadah.Dakwah pun terasa lemah, terasa berat nak bercakap tentang kebesaran Allah,pendek kata semua terasa lemah dan slack..Kata nak pimpin tangan ma ke pintu syurga???kata nak hulurkan air dari telaga syurga kepada abah???kata nak bersama dengan Rasulullah dan para Sahabat membantu umat di padang mahsyar???ya Allah betapa malunya diriku padaMu,kembalikan lah aku untuk bersemangat dalam usaha agama.

Semalam mesej yang ku terima dari seorang sahabat amat meruntum perasaan ini “setiap pejuang islam akan di ubah oleh suasana jika ia tidak mengubah suasana”,ini ayat peringatan buat diriku yang leka dengan dunia.Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang selalu menggerakkan neuron-neuron positif dalam batang tubuhku.


Halangan dalam berjuang

“Aiff lam mim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk

mengaku bahawa ‘Kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi?

Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka

sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia

mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al Ankabut 1-3)


Sebagai seorang pengembara di alam Tuhan ini aku tidak mahu pulang dengan tangan kosong,akan ku kutip segala amal di sepanjang pengembaraan ini untuk ku persembahkan kepada Raja yang Maha Esa.Mungkin ramai sahabat-sahabat di luar sana menerima nasib sepertiku,di halang orang tua untuk berjuang.Tapi itu tidak mematahkan sedikit pun keinginanku untuk terus bersama-sama sahabat yang lain dalam mengikuti sunnatullah ini.Kini aku bersabar dalam berdoa.

Halangan bukanlah pengakhiran bagi sebuah perjuangan,ia adalah satu ujian dalam diri seorang pejuang. Derita perjuangan bukan satu bebanan tapi satu latihan.Gundah perjuangan bukan satu ancaman tapi satu didikan. Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran tapi satu kekuatan..Walau seperit manapun perjalanan,pejuangan perlu diteruskan.Ini lah kata-kata sahabat yang selalu menjadi ingatan buat diriku.Aku tak nafikan bahawa memang payah dan susah untuk berhadapan dengan halangan yang sebegini lebih-lebih seorang insan dari kalangan hawa.Seperti yang aku katakan,ianya satu ujian yang menguji sejauh mana aku boleh gunakan situasi sebegini untuk bawa agama dalam kehidupan aku, dan kehidupan umat sekeliling,how am i going to use all of these assets as the tools and weapons in daawah...


It’s is my own way

Pernah dengar tak ayat” it is my own way of ninja!!!hait!”???kalau ada sesiapa di kalangan anda yang tengok naruto,ini lah antara ayat yang selalu di jeritkan oleh naruto setiap kali nak tahqiqkan pendirian dia yang dia nak bawak style dia sendiri sebagai seorang shinobi,dia nak bawak pembaharuan,bukan terikat dengan idea konservatif dalam alam shinobi yang berkurun diguna pakai dan itu jugak la prinsip aku.

Memang perangaiku angin sikit bila orang cakap "kita kena ubah sikit cara kita.... apa salahnya cuba tukar style,asyik dengan tudung labuh je,touch up muka sikit... barulah kita boleh bergaul dengan golongan madhu'... jangan tunjukkan imej islamic sangat... nanti u'll be isolated from the society... u have to follow the trend to mix with the others.... imej tudung bulat,berjubah dan berbaju kurung ni tak wajib... dan akan buat orang lagi takut dengan kamu…”Kadang-kadang sanak saudara sendiri pun meyentuh pasal pemakaianku,ada yang berkata pakai jubah ni panas la,pastu dengan tudung labuh lagi,kalau tak pakai cantik-cantik nanti orang tak pandang la,maklumlah anak perempuan kan,kalau tak berstyle takkan ada yang nak datang sunting nanti… Macam-macam hal lah dalam hidup ni.

Biarlah orang cakap apa pun, aku akan bawak style aku, itu semua bukan halangan bagiku. Itu semua tak penting dan apa yang penting, Allah tahu niat dan tujuan aku... dan aku nak jadi diri aku yang sebenar... tanpa perlu terikat dengan style dan cara orang lain.... cukuplah sunnah yang tak seberapa yang mampu aku nak amal dan istiqamah jadi ikutan aku.

Actually our physical personality is not the basis to mix with the society.Sebenarnya bergantung kepada sikap kita sendiri.Alhamdulillah, dengan kudrat Allah, aku telah membuktikannya,aku tetap lagi dengan pakaian muslimah(ramai yang kata aku ni matang macam orang dah kawin!!!hehehe…)tapi pada masa yang sama aku dapat bergaul dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat manusia... daripada lapisan academician i.e lecturers, reseachers, tutors.... to staff admint... hingga ke student dan sampai ke tukang kebun.ke mana pergi ada je orang tegur... ada je kawan... merata ada kawan... dari golongan muslims, mahupun non muslims....Kadang-kadang aku pelik bila tengok orang sanggup berubah imej supaya tak nampak Islamic,tapi tak jugak boleh bergaul dengan orang lain.Last-last bergaul dengan orang dia jugak

So, the conlusion... imej bukannya faktor utama seseorang tu boleh isolated daripada masyarakat,tapi sikap dan sifat bergantung macamana kita approach seseorang tu dan macam mana kita nak menjaga hubungan tersebut dengan baik.Tak ada kaitan kita berjubah atau tak gaya macam ustazah atau pun tak,buang semua bad perception ni daripada hidup anda.

Banyak orang

Banyak orang
Berjalan sana sini
Berbeza arah
Lain tujuan

Banyak orang
Melata di dunia
Rupanya sama
Perangainya lain-lain

Banyak orang
Banyak peranan
Sibuk memanjang
Sampai lupa Tuhan

HIJABKU...


HIJABKU…

Hijabku itu tanda ketaatan

Hijabku itu Iffah

Hijabku itu kesucian

Hijabku adalah pelindung

Hijabku itu adalah rasa malu

Hijabku itu adalah keimanan

Hijabku itu adalah ketaqwaan


SUCI:Wahai para wanita jagalah aurat kalian supaya kalian menjadi wanita-wanita yang terhormat!( dariku khas buat minggu integriti USIM 09 )


Syahidahitusuci
9:30 p.m 23 safar 1430
Nilam Court

Pengemis cinta Agong

Tika tirai malam berlabuh
Akan terbentang pentas dimana
Seorang pengemis setia
Merebahkan diri sujud pada-Mu

Pengemis itu,
Berteleku sendiri
Di ruang sudut kecil
Merintih memohon hidayah-Mu
Meronta dalam kesakitan
Yang amat parah
Kerana hatinya penuh di tusuk
Godaan makhluk laknat-Mu
Pahatan lidahnya melafazkan nama-Mu
Dan itulah kalimat yang abadi
Keramat hingga kini

Pengemis itu
Berkelana di kaki-Mu mengenang dosa
Menemui-Mu dalam rasa Maha Agong
Sebuah cinta

Siapakah pengemis itu,
Di kala siang setia menunggu
Menanti hadirnya malam
Di kala malam terus mengemis
Memburu kekasih sejati
Menagih cinta Yang Maha Abadi
Dia juga musafir
Yang singgah di bumi
Untuk menapak amal
Buat bekalan perjalanan di hadapan

Aku yang sudah mula lupa


Apakah aku lupa Segala ikatan janji setiaku Bersama teman seperjuangan Akan sama-sama berjuang Menentang musuh-musuh Menegakkan kalimah suci Tuhan yang maha Agung Apakah aku sudah lupa Perjuang ini untuk membela Saudaraku yang tertindas Untuk agamaku yang Satu Menuju mardhatillah Apakah aku sudah lupa Akan tarbiyyah Yang ku terima dahulu Segala pahit,suka dan duka Ku harungi tanpa keluhan di jiwa Demi sebuah perjuangan Yang menuntut seribu pengorbanan Apakah aku memang lupa Betapa besarnya takhlif Yang di bawa ini Sebagai seorang khalifah Di muka bumi Allah s.w.t ini Apakah aku memang sudah mula lupa Hidup ini adalah Satu tarbiyyah dari Esa Pencipta semesta

Syahid seorang mujaddid,pimpinan mujahid..


Tarikh 12 Februari menyaksikan seotrang insan soleh menghembuskan nafas yang terakhir...kisah pahit maung perjuangan yang akhirnya dihiasi dengan titisan-titisan darah SYAHID..."sesungguhnya orang-orang mukmin adalah orang yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T dan Rasulnya,kemudian tak ragu-ragu dan mereka berjuang di jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka,itulah orang-orangt yang benar" (Al-Hujurat 49:15)

Wahai saudaraku janganlah kamu berputus asa,sesungguhnya putus asa itu bukanlah dari akhlak kaum muslimin...impian semalam adalah realiti hari ini dan impian hari ini adalah realiti hari esok!!!

Hujan rahmat buat jiwa Hasan Al-Banna,guru mujaddid pimpinan mujahid...Syahid terbunuh di hening 12 Februari 1429...Ameen...

DOSA


Dosa demi dosa yang kau untai
Dengan itu semua kau harap syurga dan kemenangan?
Engkau lupa,Adam di usir dari syurga dengan hanya satu
Butir dosa yang membuangnya ke dunia

Akulah hamba yang gagal berterus-terang ke atas Tuannya
Telah bertimbun melakukan sebab-sebab derhaka
Ah!apa yang aku lakukan
Tidakkah takut pada hari perhitungan
Hari di mana kaki pada gementaran
Hari di mana mentari tegak di atas ubun-ubun

Kerana rambut yang telah memutih
Kerana usia semakin tiba di penghujungnya
Yang aku miliki hanya dosa yang bertimbun
Sedang hayatku hanya beberapa dekad
Lalu bila aku mengerjakan apa yang aku tahu
Di situlah letaknya keikhlasanku

Syahidahitusuci
15 : 30 ptg
08 Julai 2006
Binjai

Bantahan warga USIM terhadap pencerobohan ISRAEL ke atas PALESTIN!!!




Suci : Allah berfirman:"Kaum Nasrani dan Yahudi tidak akan rela dengan kamu(wahai Muhammad)sehingga kamu mengikuti agama mereka"(Al-Baqarah:120)

KUASA DUNIA


Amerika,kuasa dunia
Menceka seluruh takluknya

Yang ku lihat dia megah tunjuk kuasa
Mencabul maruah bangsa
Merampas nyawa-nyawa
Menceroboh setiap sudut ruang berpagar
Rakus meratah jasad yang lemah
Bersekongkol yahudi laknatullah!
Menjadi dalang perpecahan ummah

Walau tahu undang-undang dunia
Namun kau tetap melanggar akta

Amerika,kalau mahu dihormati
Hentikan segala kacau-bilau
Yang diwujudkan bersama sekutu kau!!!


Syahidahitusuci
16 : 51 ptg
Khamis,10 Ogos 2006
Perkarangan tamu Teratak Sakinah

Jiwa seorang pejuang


Sebagai seorang muslim,kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak mungkin,sepertimana dalam hadis menyebut”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china”.Begitulah pentingnya ilmu kepada seseorang yang bergelar muslim,kerana ilmu kita tahu yang mana baik dan buruk sesuatu perkara dan kerana ilmu jugalah kita bijak dalam membuat keputusan.
Rasulullah s.a.w juga telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan membandingkan mereka kepada keadaan tanah.

1. Tanah yang gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akan
menyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenis
tanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan.
Ini umpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untuk
dirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkan
generasi yang berilmu dan bermenfaat kepada masyarakat.

2. Tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi air
itu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan oleh
tumbuh-tumbuhan.
Ini umpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu itu
untuk diri sendiri dan tidak dapat memberi menfaat kepada orang lain.

3 .Tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapat
menerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akan
diserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang.
Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itu
jadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan menfaat
kepada dirinya apatah lagi kepada orang lain…dan inilah yang paling
ramai dalam ummat hari ini.


Tanya lah diri,kita digolongan mana?

Suci : Tidak miskin jika membela ISLAM,Tidak hina jika meriba ISLAM yang mulia

Salam maal hijrah

Alhamdulillah,sekali lagi kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1430 Hijriah yang bakal tiba. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat² muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang.

Kepada sahabat-sahabat sekalian,bagaimana dengan kehidupan kita hari ini,adakah lebih baik dari semalam ataupun sebaliknya?pernahkah kita bertanya pada diri sepanjang tahun-tahun yang kita lalui adakah ia diisi dengan amal-amalan yang berfaedah?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."(Ar- Ra’d: 11)
Setelah menyambut tahun baru iaitu tahun baru hijrah,selang beberapa hari pula tahun baru masihi pula akan menyusul.Nampaknya matlamat dan azam kita boleh dirancangkan sekaligus…Persoalannya kenapa dan mengapa azam dan matlamat baru hanya dibuat pada setiap kali muncul tahun baru? Tidak boleh ke dibuat bila-bila masa?Kenapa azam dan matlamat hanya hendak dilakukan setiap kali munculnya kalendar tahun baru?

Ada kemungkinanya untuk mudah dikira, dihitung, dimuhasabah serta direnungkan setiap peristiwa baik buruk kejayaan kegagalan pahit manis onak duri dan sebagainya sepanjang tempoh satu tahun..mungkin itu realitinya.Tapi adakah setiap matlamat yang kita rancang itu berjaya dicapai? Jika tidak kenapa tidak berjaya?Ramai yang tidak berani membuat azam dan matlamat yang besar! KENAPA?Ramai yang takut untuk bertindak dan takut untuk buat komitmen untuk mencapainya!Maka tinggalah matlamat itu sekadar IMPIAN dan menjadi angan-angan…

Apabila disebut hijrah,sudah tentu minda kita tertumpu kepada pepindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain,tapi itu dari segi rawaknya. Dengan kata lain hijrah juga adalah merupakan proses pertama atau landasan pertama dalam membentuk personality yang baru. Inilah yang dikatakan lonjakan, anjakan, towering personality, alaf baru atau pelbagai lagi ungkapan yang memperlihatkan perencanaan supaya berlaku hijrah yang lebih nyata. Sebagai seorang pelajar kita mesti ada lonjakan diri untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Kita juga perlu mengambil kira perubahan-perubahan yang kita lakukan antaranya:
-Daripada tidak tahu kepada tahu,
-Daripada tidak berilmu kepada Berilmu,
-Daripada Miskin ke Sederhana,
-Daripada Sederhana kepada Kaya (budi),
-Daripada sekadar menerima kepada memberi,
-Daripada sikap buruk kepada baik,
-Daripada malas kepada rajin,
-Daripada kegagalan bangkit kepada kejayaan,dan pelbagai lagi perkara yang perlu kita hijrahkan untuk sesuatu yang lebih baik…

Jadi sebelum kita menyambut tahun baru 2009 jangan lupa untuk menyambut Maal Hijrah 1430 dengan azam perubahan dan penghijrahan yang mampu menjadikan kita lebih baik daripada tahun 2008!Salam kejayaan buat sahabat-sahabat semua…

Suci : Tetapkan matlamat Hijrah terlebih dahulu…sebelum matlamat tahun baru!


Proses mengembalikan kekhalifahan dimuka bumi ini untuk menjadikan islam sebagai manhaj hidup adalah satu tanggungjawab.Tanggungjawab ini semestinya akn dipersoalkan di hadapan Allah s.wt.Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 30 yang bermaksud;"Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu berkata,"sesungguhnya Aku hendak menmjadikan seorang khalifah dibumi"


sesiapapun yang merasakan terpanggil untuk menyahut seruan ini akan merasakan tugas berat ini tidak akan sesekali tercapai tanpa adanya penyusunan kerja yang baik dalam satu jamaah.


Menyedari bahawa hakkat amal islami adalah suatu kerja besar untuk menegakkan agama islam dapat dijalankan menerusi kerjasama perseorangan atau pun individu,maka jelaslah disini penglibatan seseorang individu itu dalam jemaah adalah wajib.Berdasarkan kaedah fiqhiyyah,tidak sempurna sesuatu ya g wajib itu melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.Berdasarkan kepada kaedah ini juga kewujudan sebuah jemaah yang memenuhi sifat-sifat sebuah jamaah islam yang memperjuangkan cita-cita mengembalikan khilafah islamiyyah adalah wajib.


Bagi menyakinkan lagi kebersamaan kita dalam sebuah jamaah islam ini,Allah telah perturunkan beberapa dalil daripada al-quran iaitu dalam surah as-saff yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman,jadilah pembantu Allah sepertimana yang pernah diucapkan oleh Isa anak Maryam kepada pengikut-pengikutnya yang setia;“ siapakah pembantu-pembantu ke jalan Allah?” lalu berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia; “kamilah pembantu-pembantu agama Allah. “ maka berimanlah sebahagian darpada bni Israel dan kufurlah sebahagian daripada yang lain,lalu kamu memberi pertolongan kepada golongan yang beriman,lalu mereka menang dalam pertarungan menentang musuh-musuh mereka.”Ini juga terdapat dalam hadis Nabi s.aw yang bermaksud “ sesungguhnya syaitan itu serigala yang jauh terpencil maka hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramanai serta menghadiri masjid”.Baginda bersabda lagi “ kamu wajiblah bersama-sama jamaah muslimin dan pimpinan mereka.Maka kalau demikian,kamu hendaklah mengasingkan diri dari golongan –golongan itu (golongan yang tidak melaksanakan kitab Allah dan Sunnah RasulNya)walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu,sehinggga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”Maka ternyatalah kepada kita semua bahawa perjuangan islam untuk menegakkan kalimatulhaq adalah perjuangan Rasulullah s.a.w tang telah diperintahkan oleh Allah Ta’ala.Oleh itu,perjuangan yang panjang ini sepatutnya disambut dengan rasa penuh tanggungjawab kerana ia adalah amanah dari Allah dan penerus risalah yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.


Tugas melibatkan diri dalam jamaah dan perjuangan bukan lah terletak pada golongan muslimin semata-mata,malah tugas ini juga haruslah dipikul oleh muslimat juga.Dr Yusuf al-Qaradawi juga telah menyatakan tiga unsur peranan muslimat dalam perjuangan iaitu bekerjasama dalam menyedarkan dan mempersiapkan diri untuk mempertahankan islam,memberikan sumbangan kepada gerak-gerak kerja islam.Muslimat juga haruslah berperanan mendidik anak,anak dan suami dalam memasukkan nilai-nilai islam.


Sepertimana Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Hj Fadzil b. Mohd Noor menulis tentang aktivis muslimat yang boleh dikagumi dalam buku beliau iaitu Aqidah dan Perjuangan yang menceritakan tentang kisah seorang wanita bernama Nasibah binti Ka’ab al-Ansyariyyah iaitu sala seorang sahabiyyatul Rasul.Ketika dalam peperangan Uhud,ayahnya ,anak lelakinya dan sudara lelakinya telah gugur syahid di medan itu.Dia kematian ayah serta saudara tetapi Nasibah tidak mempedulikan hal itu tetapi yang ditanya olehnya bagaimanakah keadaaan Rasullah s.a.w.Apabila para sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.aw selamat dalam peperangan itu,maka Nasibah berkata; “segala penderitaaan dan musibah yang menimpa aku,setelah diketahui selamatnya Rasulullah s.a.w maka segala kesusahan itu tidak memberi apa-apa erti bagiku.”Kisah ini menunjukkan bagaimana semangat kecintaan dan keimanan beliau sehingga meletakkan kasih dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul melebihi daripada kasih mereka kepada yang lain.


Semangat perjuangan dalam menegakkan dinul haq ini juga telah ditunjukkan oleh salah seorang pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin iaitu seorang wanita yang bernama Zainab al-Ghazali.Beliau pernah diseksa di dalam penjara sehingga wajahnya dilihat seperti seorang yang berusia 90 tahun sedangkan umurnya di dalam lingkungan 40 tahun.Cuba kita bayangkan bagaimana pahitnya penyeksaan yang diterima oelh seorang muslimat.Apkah dosanya sehingga dia diseksa begitu rupa.Zainab al-Ghazali dikurung di dalam bilik kurungan dan kurungan yang dipanaskan udaranya dan di dalam musim dingin sewaktu di tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas air batu serta dilepaskan anjing ganas bersama beliau.Kata Zainab al-Ghazali ketika itu; “saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan kepada Allah,hati saya bulat hanya kepada Allah Azza wa Jalla.”Anjing yang dibiarka lapar dilepaskan dalam bilk kurungan dan anjing itu menerkam dengan ganas dan Zainab al-Ghazali menutup mukanya tetapi anjing itu mengerti bahawa orang yang hendak dijadikan mangsa itu bukan sembarangan orang.Dia adalah seorang muslimah yang mempunyai sifat kesabaran dan ketaatan yang tinggi kepada Allah.Selama beberapa jam anjing itu menjilat seluruh tubuh Zainab al-Ghazali dan dilihat pakaian putih yang dipakainya itu sedikit pun tidak terkoyak dan tubuhnya sedikit pun tidak digigit oleh anjing itu.Kisah penyeksaan terhadap dirinya itu telah dicatat olehnya sendiri dalam bukunya yang berjudul Hari-hari dalam hidupku.


Begitu juga kisah Hamidah Qutb dan Aminah Qutb iaitu adik perempuan Sayyid Qutb.Mereka ditahan bersama-sama dalam sebuah penjara tentera sepertimana yang dialami oleh Zainab al-Ghazali.As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah sebelum digantung mati sebgai seorang syahid telah sempat menulis surat kepaa adik perempuannya dan berkata kepada mereka; “wahai adikku,barangkali kini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.Kita akan merasai perjuangan kita yang sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini,tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkanny,maka ketika itu terasalah kita bgaimana luasnya perjuangan kita,bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat dengan keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan aqidah ‘LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.


”Kita mengakui bahawa pejuang islam mengalami berbagai kesusahan,mehnah dan tribulasi.Namun semua ini hendaklah dijadikan sebagai latihan bagi kita membiasakan diri berhadapan dengan kesusahan dalam perjuangan.Kesusahan-kesusahan seperti ini mestilah yang dilatih.Muslimat yang berjiwa kental tempatnya bukanlah di dalam sangkar emas,di manja sepanjang masa tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku di luar sana.Ia harus keluar dari kepompong hidup yang sebegini dan mencari peluang-peluang yang ada untuk menggabungkan diri dalam kehidupan berjamaah.Aqidah yang jitu bahawa berjuang dalam jamaah islam adalah wajib boleh membawa kepada pengorbanan jiwa,harta,tenaga dan segalanya untuk islam.Terdapat juga dikalangan muslimat kita yang sanggup melekangkan gelang emasnya,kalung permatanya untuk dinafkahkan fi sabilillah.Sepertimana kata-kata isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah; “Seandainya tulang belulangku beharga akanku jual untuk perjuangan islam”begitulah betapa cintanya Saidatina Khadijah terhadap perjuangan islam,sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga demi mengangkat martabat islam di tempat yang tertinggi.Semangat seperti inilah yang kita mahu sebagai sayap kiri dalam perjuangan,maka jamaah islam di Negara kiat akan bertambah hebat,insya’Allah.
Suci : Kemenangan hanya boleh dicapai dengan pengorbanan

Kemuncak Ramadhan


Salam buat sahabat-sahabat yang di sayangi...
Bagi orang-orang yang mencintai bulan Ramadhan,hari ini kita telah masuk kepada fasa yang kritikal yang mana fasa ini tidak asing lagi terutama pada kemuncak Ramadhan,fasa ini terlalu bernilai bagi orang-orang yang hatinya sentiasa merindui Tuhannya,sebagai peringatan kepada sahabat-sahabat dan juga diri sendiri,banyakkanlah sembahyang malam dan berdoa memohon keampunan,seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir buat kita...bersama-samalah kita mencari malam LAILATUL QADAR ini yang lebih baik dari seribu bulan..

Suci: sama-sama kita rebut tawaran istimewa dari Sang Pencipta di dalam bulan yang di penuhi dengan pelbagai promosi...

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...mari menjkadi ahli berTAQWA di bulan Ramadhan

Alhamdulillah,dalam beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadhan karim..insya'Allah kita sama-sama mendoakan agar kita semua dapat menikmati bulan mulia ini yang mana di awalnya magfirah,pertengahannya kerahmatan dan pengakhirannya terlepas dari seksaan neraka.Inilah janji-janji dari Sang Pencipta buat hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Sepertimana yang kita tahu Ramadhan adalah bulan beribadat bagi seluruh umat Islam.Berlapar dalam dalam Ramadhan adalah perkara yang mulia,ia juga mempunyai rahsia yang besar dan bagus untuk manusia.Tidakkah ita tahu bahawa puasa adalah latihan untuk mengurus nafsu daripada perbuatan keji dan sia-sia.Tanyalah pada diri anda semua,adakah anda orang yang ingin membangunkan diri?Jika ya,anda termasuklah orang yang di seru "Hai orang-orang yang beriman,diwajibkan kamu berpuasa..."(al-Baqarah:183).Unuk membangunkan diri seharusnya wujud disiplin.Setiap dari kita mempunyai keinginan yang tidak mampu disekat.Dengan adanya Ramadhan ia menjadi latih tubi dalam keupayaan menahan diri atau dengan kata lain MENGAWAL NAFSU.

Oleh sebab itulah kita diwajibkan berpuasa sebulan setiap tahun dan disunatkan pada masa-masa lain.Seseorang itu mestilah berpuasa dengan tujuan mengubah nafsu seterusnya di perkayakan pula dengan taubat,terawih,tilawah Quran membayar zakat dan sebagainya.Puasa seumpama ini ialah puasa membangunkan hati dan membaiki sikap.Ia akan menghasilkan TAQWA.Inilah cara puasa ahli taqwa.

Banyak orang berpuasa hanya sekadar ingin mengubah jadual makan dari dua kali menjadi satu kali tanpa dijaga tingkah laku dengan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak membangu kan kualiti diri.Orang sebegini akan digelar sebagai ahli Ramadhan.Dia rugi malah dicela"celakalah bagi orang yang menemui Ramadhan tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya(hadis).

Berbeza dengan ahli taqwa.Setiap menjelang Ramadhan kualiti dirinya akan meningkat.Dia akan berusaha membuat kebajikan setiap masa.Taqwa adalah syarat asas menghargai dan menghayati Al-Quran.Sepertimana firman Allah yang bermaksud:"Alif Laam Mim,inilah satu kitab,tiada keraguan tentang kandungannya,(malah)petunjuk bagi orang yang beriman(al-Baqarah:1)Marilah kita berpuasa untuk menjadi taqwa dan upaya menghayati ajaran Al-Quran.Elakkan dari menjadi ahli Ramadhan.

suci:selamat menghayati Ramadhan Al-Mubarak yang datang hanya sebulan sahaja dalam setahun...

Membina kekuatan melalui usrah


Kekuatan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad S.A.W dengan terbinanya empayar Madinah Al-Munawwarah tidak datang dengan sendirinya bahkan kekuatan itu adalah merupakan perencanaan jangka panjang baginda yang telah diolah berdasarkan pengawalan akal,emosi,dan hati berteraskan keimanan yang kukuh kepada Allah S.W.T.


Jadi, melalui kebijaksaan yang Allah S.W.T jelmakan melalui nabi S.A.W itu,baginda telah mencanangkan satu bentuk pendekatan yang begitu mengagumkan dan berkesan dalam membina satu bentuk kekuatan yang mencakupi daripada pelbagai sudut kehidupan iaitu usrah.
Dalam hal ini,Imam Hassan Al-Banna telah menerangkan bahawa rukun-rukun yang terdapat dalam usrah tersebut adalah merupakan intipati tepat ke atas persoalan bagaimana ramuan usrah ini mampu dimanipulasikan oleh baginda sehingga berjaya menghasilkan manusia-manusia hebat yang mana semangat juang mereka ini sangat utuh dan jitu.Contohnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Bilal,Umar dan sebagainya.


Jadi,melalui persoalan ini,Imam Hassan Al-Banna telah merungkaikan satu persatu rukun-rukun usrah yang menjadi tunjang yang kuat dalam pembinaan kekuatan umat islam.
Tiga rukun utama yang diutarakan oleh As-Syahid ialah ta,aruf (perkenalan),tafahum (persefahaman)dan takaful(tolong-menolong).Dilihat secara lebih khusus,sememangnya tidak syak lagi ramuan ini mampu memberikan satu bentuk perhubungan rohani dan jasmani yang begitu kuat seterusnya membenarkan kalam Allah yang menyatakan tentang perlunya perhubungan dengan Allah dan perhubungan dengan manusia.


Semua ini telah mampu dibuktikan dengan hanya satu halaqah yang kecil tetapi berupaya menjadi enjin yang menggerakkan satu mesin yang besar.Jadi,apa yang paling penting mutakhir ini ialah para pejuang islam mesti kembali untuk bersama-sama mengutamakan pendekatan usrah yang sememangnya menjadi sunnah nabi S.A.W ini sekiranya para penegak kebenaran ini mahu membina kekuatan ummah yang bukan sahaja baik perhubungannya dengan Allah tapi juga baik perhubungannya dengan manusia.

Hidup Untuk Islam..!

suci : ramuan usrah : ta'aruf + tafahum + takaful = Ukhwah Islamiyyah

Sebutir permata yang hilang


Mati itu bagaikan kenderaan seseorang mukmin.Mati itu ibarat bahtera dengan gelombang yang ditakuti manusia,namun setiap orang sudah pasti akan mengalaminya,kesihatan seseorang tidak akn menjamin panjang umurnya dan penyakitnya pun tidak ada kuasa untuk memendekkan umurnya.


Tiap hari berita kematian mengejutkan kita,seperti burung-burung beterbangan entah akan hinggap pada siapa...manusia hanya mempunyai nafas yang dapat di hitung,harapan yang panjang dan kehidupan yang terbatas.Maka tidak meragukan lagi bahawa saat kehidupan akan lenyap,hitungan nafas akan habis,dan harapan pun pasti akan lenyap.


Relakan pemergian yang tidak akan kembali...tangisilah dirimu sendiri menghadapi kematian nanti.Setiap golongan suatu hari nanti pasti berpisah di antara mereka kerana mati.Ingatlah wahai sahabat,bahawa perjalanan yang akan kita tempuh sama sebagaimana perjalanan yang telah mereka lalui.


Kita pun akan mendapat giliran,hanya menunggu saat tiba semakin hari semakin dekat...


Sebutir permata yang hilang...

pergi yang takkan kembali lagi...

pergilah wahai sayang...

pergi mengadap Tuanmu...

pemilik segala yang ada dilangit dan dibumi...


Suci :Buat Allahyarhamah Norhanan Mohamed(UTM Skudai)


Duhai sahabatku sayang...Aku cukup berbangga dengan dirimu...Kerna kau salah seorang dari benih-benih mujahid Al-Banna...

"SEJENAK UKHWAH KITA BERSAMA DI PENTAS PERJUANGAN KITA BERSATU..."

Sayangi sendiri


Bismillahirrahmanirrahim..


.salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua,rasa janggal pulak sebab dah lama dah tak menulis dekat blog ni,maklumlah sekarang ni sibuk sikit dengan takhlifan,tambah-tambah lagi dah masuk sem baru ni banyak benda yang nak diuruskan..tapi hari ini rasanya tak elok pulak ana biarkan blog ni tanpa tambahan hidangan-hidangan baru dari buah tangan sendiri...huhuhu..


Ayuh,ngembaralah ke dalam diri sendiri...

catatan 2.24ptg stesen bas KB,KelantanKhamis 9/111/2006 ( Norbusalman Sulaiman )


Kata-kata ni masih lagi tercatit dalam sebuah naskah kecil yang ana miliki Antologi Cerita Penuh Buih-buih"Ngembara ke Utopia Republik Cinta sesudah letih menjadi LELAKI"gabungan dua orang penulis muda berjiwa puitis-Jimadie Shah Othman dan Salman Sulaiman.


Naskah kecil ini ana dapatkan sendiri dari tangan penulis muda salman sulaiman atau lebih mesra lagi ana panggil abe man,Namun disini ana bukan nak kongsi cerita yang terdapat di dalam naskah ini tetapi ana nak bawa sahabat-sahabat renung balik kata-kata yang telah dicatitkan oleh abe man seperti diatas...Ana rasa adalah amat penting untuk kita melihat diri sendiri sebagai penyokong utama dalam kehidupan sebagai seorang muslim.


Dalam pelbagai perkara yang kita buat setiap hari, yang kita rancang setiap kali, bukan orang luar yang mendongak dan bersorak untuk kita teruskan impian, tapi kita sendiri juga.Ana telah sedia maklum dan sering mendengar kata-kata ini; ‘You are the biggest fan and the greates supporter of yourself’. Ana tidak layak untuk menidakkan ini. Seharusnya kita jadikan motto tadi sebagai nadi untuk kita bergerak setiap hari.Ada banyak masalah yang bakal kita hadap, segala ranjau yang mendatang akan menemukan kita dengan diri kita sendiri. Percayalah, ana fikir begitu. Jika seseorang mengatakan dia telah mengenali dirinya seratus peratus, ana mahu katakan dia seorang penipu.


Sehayat manusia, seseorang tidak akan mampu untuk memahami dirinya kesemua sekali. Bukankah kelana hidup ini adalah buku teks terbesar yang pernah kita belajar dan akan terus dipelajari? Sejarah hidup pula adalah buku rujukan yang mahal dan amat berkesan dan berguna, untuk kita selak helaiannya satu persatu mencari jawapan pada peristiwa yang lalu.Tidak mungkin ada orang lain yang lebih memahami diri kita. Kita sendiri yang selami hati selama ini bukan. Mungkin ada, atau akan ada mereka yang rapat dan mesra dengan jiwa kita, namun segala rahsia dan detail paling tersembunyi (seperti kesukaan, nafsu, perangai pelik, sifat malu dll) selalunya kita kongsi dengan diri sendiri (sahaja). Mungkin yang terpancar ke muka individu lain sekadar ‘imej tampilan’ yang kita ingin projekkan untuk orang lain tanggap diri kita. Lihat diri kita dengan sesuatu ‘persembahan pemahaman’.Kita adalah tulangbelakang pendirian dan pemikiran kita.


Jadikan jiwa anda menghargai kelebihan sendiri. Latihtubi pemikiran anda untuk beri peluang memperbaiki kelemahan yang nyata ada. Suntik semangat positif. Galakkan hati untuk merasai jatidiri sebenar. Sorakkan harapan dan petik segala impian di langit, tunaikan. Luaskan horizon penglihatan agar dapat ditimbang segala macam pilihan. Selerakkan rumpun imaginasi agar tidak tertumpu kepada satu kesempitan. Jangan sekali-kali menyalahkan diri kerana kewibawaan yang rapuh atau pada pilihan yang salah, terangkan jalan penghidupan dengan nur ikhlas lagi kudus.Sayangi detik duniawi ini dengan kegembiraan, lemparkan duka dan lontarkan juga lara igauan lepas. Jemputlah suka hadir, biar ia meresap ke setiap urat berdarah. Ingat, anda adalah cinta anda, sayangi sendiri!"


Suci : Ayuh,ngembara hati dan jiwa..selami keimanan,capai puncak ketaqwaan...

MATI

Mati itu pasti
Hidup pasti mati
Mati itu mati
Mati tetap mati
suci : "dengan mengingati Allah,jiwa akan menjadi tenang:

Destinasi terakhir


Kaki-kaki berjalan


Menghantar jasad di jemput pulang


Ke tanah sepi tempat semadi


Kembalilah yang bertaqwa


Dengan penuh keimanan


Kembali yang jahil


Dengan membawa kehinaan


Mizan penggerak keadilan


Sirat penentu takdir


Syurga,neraka destinasi terakhir


suci : beramallah hanya kerana Allah

Kisah adik-beradik


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan anginsepoi-sepoibahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluargaini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada taukeminyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas danmacam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanyaelok, pasti ada jugak yang busuk.Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapamereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagahsesama sendiri.


Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adikmereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, makaberusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunyasambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuanmereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlakudi depan khemah abang-abang yang kaya ini.


Pencabulan si adik itudilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupanorang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengankesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adikperempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pulatelah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cubamenyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan,marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.


Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsuoleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampirkelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makananyang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkanadik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh(bahaso klate ambo,hehehe...)dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpamenghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki merekayang semakin kelemasan itu.


Tetapi dengan tenang si abang-abangberkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikithormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut."Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangattubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatannafsu."Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulanterhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradikyang lain.Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cubamendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain."Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yangtidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan olehabang-abang mereka.Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang,adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja.


Adik-adik muda ada yangdikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua,dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan mudapula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuaratkononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat."Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabuladik perempuan kami.""Selamatkan adik kami yang kelemasan."Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut.Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan merekasemakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidakada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabulmencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnyatergempar itu.


Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kiniseolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datangmengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adikkami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lainyang membantu.Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi.Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal.Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengahlautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuaratuntuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....


Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakannamanya.


catatan :

+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun /mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC

+ bapa yang mati adalah khalifah


bergocoh=bergaduh


suci :
Kemenangan Islam menurut Al-QuranKemenangan Islam terhadap agama-agama lain" Dia yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar(agama Islam),supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain,walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai" ( At-Taubah:33 )


Mukmin sebagai khalifah di muka bumi

"Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dia ntara kamu dan mengerjakan amalan soleh,bahawa Allah akn mengangkat mereka menjadi khalifah di muka bumi,sebagaimana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah,dan Allah kan menetapkan agama mereka(Islam)yang diredhaiNya untuk mereka,dan kan menggantikan ketakutan ku dan tidak menyekutukan mereka dengan keamanan.Mereka mentyembah Aku dengan sesuatu jua pun.Barangsiapa yang kafir sesudah itu,maka mereka itulah orang yang fasik". ( An-Nur : 55 )


Pertolongan Allah kepada mukminin

"Sehinggalah rasul-rasul itu berputus asa,dan mereka menyatakan bahawa mereka telah didustakan,datanglah kepada mereka pertolongan kami,lalu diselamatkan orang-orang yang dikehendaki.Dan tidak dapat ditolak siksa kami orang-orang yang berdosa". ( Yusuf : 110 )


Hancurnya perancangan dan tipu daya musuh

"Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya mereka dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya". ( Al-Anfal : 30 )


Kemenangan Islam Menurut As-Sunnah

Tersebar luasnya Islam di seluruh alamDiriwayatkan oleh Tamim Ad-Dari,berkata : Aku melihat Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya urusan ini(Islam)akan sampai ke mana saja ruang sampai siang dan malam.Allah tidak akan meninggalkan sebuah rumah pun daripada penduduk dusun dan kampung melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam agama ini,samada memuliakan orang yang mulia ataupun menghinakan dengan orang yang hina,iaitu Allah memuliakan dengan Islam dan memuliakan dengan kekufuran. "( Riwayat Ahmad ).


Kekuasaan Islam di timur dan barat

Daripada Thauban daripada Nabi s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah telah melipatkan bumi bagiku (menghimpunkan dan mengumpulkannya)lalu aku dapat melihat timur dan baratNya.Sesungguhnya kekuasaan ummatku kan sampai ke semua tempat bumi yang dilipatkan bagiku..."Kemenangan muslimin terhadap yahudiDaripada ABu Hurairah,daripada Nabi s.a.w bersabda :"Tidak berlaku kiamat sehingga muslimin memerangi yahudi.Mereka di bunuh oleh orang muslimin sehingga bersembunyi disebalik batu dan pokok.Batu dan poko itu berkata : Wahai muslim,wahai hamba Allah,ini dia yahudi berada di belakangku.Kemarilah dan bunuhlah dia.Melainkan pokok ghargad.Sesungguhnya ia adalah dari pokok yahudi".(Riwayat Muslim)


Kembalinya kalifah di atas manhaj nubuwwah

Daripada huzaifah bahawa Nabi s.a.w bersabda : Berlakunya zaman kenabiaan di zaman kamu sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku.Kemudian Allah mengangkatkannya(menghilangkannya)ketika mana yang Dia mengkehendaki.Kemudian berlaku pula khilafah manhaj di tas kenabiaan.Maka berlangsunglah ia sebagaiman yang dikehendaki oleh Allah untuk berlaku.Kemudian Allah mengangkat ketika mana Dia menghendaki.Kemudiaan berlaku pula pemerintahan raja yang 'menggigit'(zalim).Maka berlakulah ia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah,kemudiaan Allah mengangkatkannya semula.Kemudian berlaku pula pemerintahan raja'paksaan'(kuku besi).Maka berlakulah ia sepertimana yang dikehendaki oleh Allah.Kemudian Allah mengangkatkannya ketika mana yang Dia menghendaki.Kemudian berlaku pula khilafah diatas manhaj kenabiaan