Thursday, August 27, 2009

Sehari berkonvensyen bersama Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan DMPP




Alhamdulillah terlaksana sudah Konvensyen Nuqaba' Remaja yang telah diadakan pada 24 mei 2008 bertempat di Dewan Sri Alam,Anjung Rahmat.Tahniah di ucapkan kepada semua penggerak kerja yang telah berjaya menarik ramai perhatian pendokong-pendokong islam untuk menyertai program ini khususnya di kalangan muslimat.

Kini perjuangan DMPP di lihat semakin telus dalam menanggani krisis sosial remaja yang sejak akhir-akhir ini kian meruncing.Pada hari konvensyen ini juga telah diadakan pelancaran Manhaj Usrah Remaja oleh Ustazah Nuridah Mohd Salleh iaitu merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.DMPP telah membawa satu pendekatan yang baru iaitu ingin mewujudkan usrah remaja di setiap kawasan.

Demikian itu,hal ini di lihat ia adalah salah satu wasilah untuk menjadikan remaja mempunyai jati diri yang kukuh dalam agama Islam,cemerlang dalam bidang akademik,mempunyai keterampilan dalam kepimpinan,remaja yang aktif dan sentiasa bersedia untuk memberi sumbangan dan seterusnya menjadi contoh kepada seluruh dunia model Remaja Islam yang terbaik dalam menyelesaikan akhlak muda-mudi.Selain itu juga dengan pendekatan ini DMPP ingin para remaja menjadikan Islam sebagai cara hidup dan taat kepada Allah.

Antara matlamat utama usrah remaja ini diwujudkan adalah untuk melahirkan insan-insan Rabbani,yang soleh dan yang jelas aqidahnya sepertimana dahulunya yang dikenali sebagai generasi Al-Quran.Firman Allah dalam surah Al-Kahfi yang bermaksud:"Barang siapa yang mengharapkn perjumpaan dengan Tuhannya,maka hendaklah ia mengerjakan amal-amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapapun dalam beribadat kepada Tuhannya"wallahua'lam...

suci : Peserta Konvensyen naqibat remaja 2008

0 comments:

Post a Comment