Thursday, August 27, 2009


Proses mengembalikan kekhalifahan dimuka bumi ini untuk menjadikan islam sebagai manhaj hidup adalah satu tanggungjawab.Tanggungjawab ini semestinya akn dipersoalkan di hadapan Allah s.wt.Firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 30 yang bermaksud;"Dan (ingatlah)ketika Tuhanmu berkata,"sesungguhnya Aku hendak menmjadikan seorang khalifah dibumi"


sesiapapun yang merasakan terpanggil untuk menyahut seruan ini akan merasakan tugas berat ini tidak akan sesekali tercapai tanpa adanya penyusunan kerja yang baik dalam satu jamaah.


Menyedari bahawa hakkat amal islami adalah suatu kerja besar untuk menegakkan agama islam dapat dijalankan menerusi kerjasama perseorangan atau pun individu,maka jelaslah disini penglibatan seseorang individu itu dalam jemaah adalah wajib.Berdasarkan kaedah fiqhiyyah,tidak sempurna sesuatu ya g wajib itu melainkan dengannya maka ia menjadi wajib.Berdasarkan kepada kaedah ini juga kewujudan sebuah jemaah yang memenuhi sifat-sifat sebuah jamaah islam yang memperjuangkan cita-cita mengembalikan khilafah islamiyyah adalah wajib.


Bagi menyakinkan lagi kebersamaan kita dalam sebuah jamaah islam ini,Allah telah perturunkan beberapa dalil daripada al-quran iaitu dalam surah as-saff yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang beriman,jadilah pembantu Allah sepertimana yang pernah diucapkan oleh Isa anak Maryam kepada pengikut-pengikutnya yang setia;“ siapakah pembantu-pembantu ke jalan Allah?” lalu berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia; “kamilah pembantu-pembantu agama Allah. “ maka berimanlah sebahagian darpada bni Israel dan kufurlah sebahagian daripada yang lain,lalu kamu memberi pertolongan kepada golongan yang beriman,lalu mereka menang dalam pertarungan menentang musuh-musuh mereka.”Ini juga terdapat dalam hadis Nabi s.aw yang bermaksud “ sesungguhnya syaitan itu serigala yang jauh terpencil maka hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramanai serta menghadiri masjid”.Baginda bersabda lagi “ kamu wajiblah bersama-sama jamaah muslimin dan pimpinan mereka.Maka kalau demikian,kamu hendaklah mengasingkan diri dari golongan –golongan itu (golongan yang tidak melaksanakan kitab Allah dan Sunnah RasulNya)walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu,sehinggga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”Maka ternyatalah kepada kita semua bahawa perjuangan islam untuk menegakkan kalimatulhaq adalah perjuangan Rasulullah s.a.w tang telah diperintahkan oleh Allah Ta’ala.Oleh itu,perjuangan yang panjang ini sepatutnya disambut dengan rasa penuh tanggungjawab kerana ia adalah amanah dari Allah dan penerus risalah yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.


Tugas melibatkan diri dalam jamaah dan perjuangan bukan lah terletak pada golongan muslimin semata-mata,malah tugas ini juga haruslah dipikul oleh muslimat juga.Dr Yusuf al-Qaradawi juga telah menyatakan tiga unsur peranan muslimat dalam perjuangan iaitu bekerjasama dalam menyedarkan dan mempersiapkan diri untuk mempertahankan islam,memberikan sumbangan kepada gerak-gerak kerja islam.Muslimat juga haruslah berperanan mendidik anak,anak dan suami dalam memasukkan nilai-nilai islam.


Sepertimana Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Hj Fadzil b. Mohd Noor menulis tentang aktivis muslimat yang boleh dikagumi dalam buku beliau iaitu Aqidah dan Perjuangan yang menceritakan tentang kisah seorang wanita bernama Nasibah binti Ka’ab al-Ansyariyyah iaitu sala seorang sahabiyyatul Rasul.Ketika dalam peperangan Uhud,ayahnya ,anak lelakinya dan sudara lelakinya telah gugur syahid di medan itu.Dia kematian ayah serta saudara tetapi Nasibah tidak mempedulikan hal itu tetapi yang ditanya olehnya bagaimanakah keadaaan Rasullah s.a.w.Apabila para sahabat memberitahu bahawa Rasulullah s.aw selamat dalam peperangan itu,maka Nasibah berkata; “segala penderitaaan dan musibah yang menimpa aku,setelah diketahui selamatnya Rasulullah s.a.w maka segala kesusahan itu tidak memberi apa-apa erti bagiku.”Kisah ini menunjukkan bagaimana semangat kecintaan dan keimanan beliau sehingga meletakkan kasih dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul melebihi daripada kasih mereka kepada yang lain.


Semangat perjuangan dalam menegakkan dinul haq ini juga telah ditunjukkan oleh salah seorang pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin iaitu seorang wanita yang bernama Zainab al-Ghazali.Beliau pernah diseksa di dalam penjara sehingga wajahnya dilihat seperti seorang yang berusia 90 tahun sedangkan umurnya di dalam lingkungan 40 tahun.Cuba kita bayangkan bagaimana pahitnya penyeksaan yang diterima oelh seorang muslimat.Apkah dosanya sehingga dia diseksa begitu rupa.Zainab al-Ghazali dikurung di dalam bilik kurungan dan kurungan yang dipanaskan udaranya dan di dalam musim dingin sewaktu di tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas air batu serta dilepaskan anjing ganas bersama beliau.Kata Zainab al-Ghazali ketika itu; “saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan kepada Allah,hati saya bulat hanya kepada Allah Azza wa Jalla.”Anjing yang dibiarka lapar dilepaskan dalam bilk kurungan dan anjing itu menerkam dengan ganas dan Zainab al-Ghazali menutup mukanya tetapi anjing itu mengerti bahawa orang yang hendak dijadikan mangsa itu bukan sembarangan orang.Dia adalah seorang muslimah yang mempunyai sifat kesabaran dan ketaatan yang tinggi kepada Allah.Selama beberapa jam anjing itu menjilat seluruh tubuh Zainab al-Ghazali dan dilihat pakaian putih yang dipakainya itu sedikit pun tidak terkoyak dan tubuhnya sedikit pun tidak digigit oleh anjing itu.Kisah penyeksaan terhadap dirinya itu telah dicatat olehnya sendiri dalam bukunya yang berjudul Hari-hari dalam hidupku.


Begitu juga kisah Hamidah Qutb dan Aminah Qutb iaitu adik perempuan Sayyid Qutb.Mereka ditahan bersama-sama dalam sebuah penjara tentera sepertimana yang dialami oleh Zainab al-Ghazali.As-Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah sebelum digantung mati sebgai seorang syahid telah sempat menulis surat kepaa adik perempuannya dan berkata kepada mereka; “wahai adikku,barangkali kini kau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerut leherku.Kita akan merasai perjuangan kita yang sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan kita ini,tetapi apabila kita memikirkan bahawa perjuangan kita ini bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang menamatkanny,maka ketika itu terasalah kita bgaimana luasnya perjuangan kita,bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat dengan keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan aqidah ‘LAILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH’.


”Kita mengakui bahawa pejuang islam mengalami berbagai kesusahan,mehnah dan tribulasi.Namun semua ini hendaklah dijadikan sebagai latihan bagi kita membiasakan diri berhadapan dengan kesusahan dalam perjuangan.Kesusahan-kesusahan seperti ini mestilah yang dilatih.Muslimat yang berjiwa kental tempatnya bukanlah di dalam sangkar emas,di manja sepanjang masa tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku di luar sana.Ia harus keluar dari kepompong hidup yang sebegini dan mencari peluang-peluang yang ada untuk menggabungkan diri dalam kehidupan berjamaah.Aqidah yang jitu bahawa berjuang dalam jamaah islam adalah wajib boleh membawa kepada pengorbanan jiwa,harta,tenaga dan segalanya untuk islam.Terdapat juga dikalangan muslimat kita yang sanggup melekangkan gelang emasnya,kalung permatanya untuk dinafkahkan fi sabilillah.Sepertimana kata-kata isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah; “Seandainya tulang belulangku beharga akanku jual untuk perjuangan islam”begitulah betapa cintanya Saidatina Khadijah terhadap perjuangan islam,sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga demi mengangkat martabat islam di tempat yang tertinggi.Semangat seperti inilah yang kita mahu sebagai sayap kiri dalam perjuangan,maka jamaah islam di Negara kiat akan bertambah hebat,insya’Allah.
Suci : Kemenangan hanya boleh dicapai dengan pengorbanan

0 comments:

Post a Comment