Thursday, August 27, 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan...mari menjkadi ahli berTAQWA di bulan Ramadhan

Alhamdulillah,dalam beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Ramadhan karim..insya'Allah kita sama-sama mendoakan agar kita semua dapat menikmati bulan mulia ini yang mana di awalnya magfirah,pertengahannya kerahmatan dan pengakhirannya terlepas dari seksaan neraka.Inilah janji-janji dari Sang Pencipta buat hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Sepertimana yang kita tahu Ramadhan adalah bulan beribadat bagi seluruh umat Islam.Berlapar dalam dalam Ramadhan adalah perkara yang mulia,ia juga mempunyai rahsia yang besar dan bagus untuk manusia.Tidakkah ita tahu bahawa puasa adalah latihan untuk mengurus nafsu daripada perbuatan keji dan sia-sia.Tanyalah pada diri anda semua,adakah anda orang yang ingin membangunkan diri?Jika ya,anda termasuklah orang yang di seru "Hai orang-orang yang beriman,diwajibkan kamu berpuasa..."(al-Baqarah:183).Unuk membangunkan diri seharusnya wujud disiplin.Setiap dari kita mempunyai keinginan yang tidak mampu disekat.Dengan adanya Ramadhan ia menjadi latih tubi dalam keupayaan menahan diri atau dengan kata lain MENGAWAL NAFSU.

Oleh sebab itulah kita diwajibkan berpuasa sebulan setiap tahun dan disunatkan pada masa-masa lain.Seseorang itu mestilah berpuasa dengan tujuan mengubah nafsu seterusnya di perkayakan pula dengan taubat,terawih,tilawah Quran membayar zakat dan sebagainya.Puasa seumpama ini ialah puasa membangunkan hati dan membaiki sikap.Ia akan menghasilkan TAQWA.Inilah cara puasa ahli taqwa.

Banyak orang berpuasa hanya sekadar ingin mengubah jadual makan dari dua kali menjadi satu kali tanpa dijaga tingkah laku dengan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak membangu kan kualiti diri.Orang sebegini akan digelar sebagai ahli Ramadhan.Dia rugi malah dicela"celakalah bagi orang yang menemui Ramadhan tetapi tidak mendapat apa-apa daripadanya(hadis).

Berbeza dengan ahli taqwa.Setiap menjelang Ramadhan kualiti dirinya akan meningkat.Dia akan berusaha membuat kebajikan setiap masa.Taqwa adalah syarat asas menghargai dan menghayati Al-Quran.Sepertimana firman Allah yang bermaksud:"Alif Laam Mim,inilah satu kitab,tiada keraguan tentang kandungannya,(malah)petunjuk bagi orang yang beriman(al-Baqarah:1)Marilah kita berpuasa untuk menjadi taqwa dan upaya menghayati ajaran Al-Quran.Elakkan dari menjadi ahli Ramadhan.

suci:selamat menghayati Ramadhan Al-Mubarak yang datang hanya sebulan sahaja dalam setahun...

0 comments:

Post a Comment