Thursday, August 27, 2009

Hari pengembaraan yang telah usai..


Hari pengembaraan yang telah usai…
Detik ajalmu telah tiba,kamu kembali kepadaNya dengan apa yang telah kamu kutip semasa hayatmu sebagai Jundullah…


Sebelum kembaliIngatlah dan bertanyalah kepada dirimu,Kemanakah telah kau hala kan jasad dan rohmu ketika umat islam sedang butuh pertolonganmu.Apakah telah kau gunakan segala pasak kekuatan iman yang ada pada dirimu sebagai perisai menentang kebatilan?
Selayaknya kamu adalah pemuda yang mengangkat panji “Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł‡ Ų§Ł„Ų§ Ų§Ł„Ł„Ł‡”.Ingatlah kamu bukanlah pemula dan juga bukan pengakhirnya,kamu adalah rantai-rantai perjuangan,insan yang terpilih untuk memikul beban takhlif sebagai penyambung wasilah mulia para Nabi.Kamu lah yang akan menegakkan kebenaran,menghapuskan kemungkaran.


Sebagai pemegang takhlif dari Al-Khaliq,jangan lah kamu sesekali termakan dengan hambatan nafsu yang sentiasa memburu jiwa-jiwa bersih.Serahkan sepenuhmya dirimu hanya pada Raja Agong pemilik yang haq,pemilik hati-hati yang sentiasa merindui syahid dan jalan juang sebagai matlamat hidupnya.


Wahai ikhwan perindu syahid,jangan sesekali kau relakan kalung islam tercabut dari lehermu,nescaya rugilah kamu di dunia dan akhirat.Jangan kamu jadi seperti buih yang akan pergi dan kering,hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harga.Jadi lah orang yang bersusah payah merebut cinta Ilahi.


Demikianlah apa yang patut bagimu sebagai seorang pejuang agama dan sebagai seorang hamba,hidup dan menyempurnakan bakti kepada orang Islam dan memimpin dakwah pada masa yang paling suram dan gelap dengan dengan hal-hal duniawi.Kamu lah yang akan mengembalikan masyarakat tauhid,masyarakat makrifat,masyarakat yang mempunyai hubungan hakiki dengan Allah S.W.T.


Sesungguhnya setiap makhluk mempunyai ajalnya yang tertentu.Pemergian seorang pembela Islam akan bersilih ganti sepertimana bangkitnya Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Saidina Umar r.a,Saidina Uthman bin Aufan dan Saidina Ali k.w selepas kewafatan baginda Rasul Allah.“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan
memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. “(maksud surah at-Taubah :111).Kamu jua akan pergi bersama-sama mereka,menjadi tetamu-tetamu Allah di Syurga Firdaus yang tinggi,di tempat kebenaran,di sisi Raja Besar yang sangat berkuasa,di dalam kebun-kebun dan di bawahnya mengalir sungai-sungai,dalam keadaan syahid dan sentiasa hidup di sisi Tuhanmu.


Pergilah dirimu dengan secebis keuntungan pada hari pengembaraanmu,pergilah rohmu menghadap yang Esa dengan hati yang paling tenang...
(Coretan syahidahitusuci tatkala hati dan jiwanya dilanda gundah merindui Allah…)

0 comments:

Post a Comment