Thursday, August 27, 2009

Sayangi sendiri


Bismillahirrahmanirrahim..


.salam ukhwah buat sahabat-sahabat semua,rasa janggal pulak sebab dah lama dah tak menulis dekat blog ni,maklumlah sekarang ni sibuk sikit dengan takhlifan,tambah-tambah lagi dah masuk sem baru ni banyak benda yang nak diuruskan..tapi hari ini rasanya tak elok pulak ana biarkan blog ni tanpa tambahan hidangan-hidangan baru dari buah tangan sendiri...huhuhu..


Ayuh,ngembaralah ke dalam diri sendiri...

catatan 2.24ptg stesen bas KB,KelantanKhamis 9/111/2006 ( Norbusalman Sulaiman )


Kata-kata ni masih lagi tercatit dalam sebuah naskah kecil yang ana miliki Antologi Cerita Penuh Buih-buih"Ngembara ke Utopia Republik Cinta sesudah letih menjadi LELAKI"gabungan dua orang penulis muda berjiwa puitis-Jimadie Shah Othman dan Salman Sulaiman.


Naskah kecil ini ana dapatkan sendiri dari tangan penulis muda salman sulaiman atau lebih mesra lagi ana panggil abe man,Namun disini ana bukan nak kongsi cerita yang terdapat di dalam naskah ini tetapi ana nak bawa sahabat-sahabat renung balik kata-kata yang telah dicatitkan oleh abe man seperti diatas...Ana rasa adalah amat penting untuk kita melihat diri sendiri sebagai penyokong utama dalam kehidupan sebagai seorang muslim.


Dalam pelbagai perkara yang kita buat setiap hari, yang kita rancang setiap kali, bukan orang luar yang mendongak dan bersorak untuk kita teruskan impian, tapi kita sendiri juga.Ana telah sedia maklum dan sering mendengar kata-kata ini; ‘You are the biggest fan and the greates supporter of yourself’. Ana tidak layak untuk menidakkan ini. Seharusnya kita jadikan motto tadi sebagai nadi untuk kita bergerak setiap hari.Ada banyak masalah yang bakal kita hadap, segala ranjau yang mendatang akan menemukan kita dengan diri kita sendiri. Percayalah, ana fikir begitu. Jika seseorang mengatakan dia telah mengenali dirinya seratus peratus, ana mahu katakan dia seorang penipu.


Sehayat manusia, seseorang tidak akan mampu untuk memahami dirinya kesemua sekali. Bukankah kelana hidup ini adalah buku teks terbesar yang pernah kita belajar dan akan terus dipelajari? Sejarah hidup pula adalah buku rujukan yang mahal dan amat berkesan dan berguna, untuk kita selak helaiannya satu persatu mencari jawapan pada peristiwa yang lalu.Tidak mungkin ada orang lain yang lebih memahami diri kita. Kita sendiri yang selami hati selama ini bukan. Mungkin ada, atau akan ada mereka yang rapat dan mesra dengan jiwa kita, namun segala rahsia dan detail paling tersembunyi (seperti kesukaan, nafsu, perangai pelik, sifat malu dll) selalunya kita kongsi dengan diri sendiri (sahaja). Mungkin yang terpancar ke muka individu lain sekadar ‘imej tampilan’ yang kita ingin projekkan untuk orang lain tanggap diri kita. Lihat diri kita dengan sesuatu ‘persembahan pemahaman’.Kita adalah tulangbelakang pendirian dan pemikiran kita.


Jadikan jiwa anda menghargai kelebihan sendiri. Latihtubi pemikiran anda untuk beri peluang memperbaiki kelemahan yang nyata ada. Suntik semangat positif. Galakkan hati untuk merasai jatidiri sebenar. Sorakkan harapan dan petik segala impian di langit, tunaikan. Luaskan horizon penglihatan agar dapat ditimbang segala macam pilihan. Selerakkan rumpun imaginasi agar tidak tertumpu kepada satu kesempitan. Jangan sekali-kali menyalahkan diri kerana kewibawaan yang rapuh atau pada pilihan yang salah, terangkan jalan penghidupan dengan nur ikhlas lagi kudus.Sayangi detik duniawi ini dengan kegembiraan, lemparkan duka dan lontarkan juga lara igauan lepas. Jemputlah suka hadir, biar ia meresap ke setiap urat berdarah. Ingat, anda adalah cinta anda, sayangi sendiri!"


Suci : Ayuh,ngembara hati dan jiwa..selami keimanan,capai puncak ketaqwaan...

0 comments:

Post a Comment