Thursday, August 27, 2009

Jiwa seorang pejuang


Sebagai seorang muslim,kita dituntut untuk menimba ilmu sebanyak mungkin,sepertimana dalam hadis menyebut”Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri china”.Begitulah pentingnya ilmu kepada seseorang yang bergelar muslim,kerana ilmu kita tahu yang mana baik dan buruk sesuatu perkara dan kerana ilmu jugalah kita bijak dalam membuat keputusan.
Rasulullah s.a.w juga telah mengkategorikan penuntut ilmu kepada 3 golongan dan membandingkan mereka kepada keadaan tanah.

1. Tanah yang gembur yang apabila menerima air hujan, tanah ini akan
menyerap air tersebut dan daripadanya tumbuhlah pelbagai jenis
tanaman yang menghasilkan buah-buahan yang manis dan enak dimakan.
Ini umpama orang yang menerima ilmu dan mengambil ilmu itu untuk
dirinya dan mengajarkannya pula kepada orang lain untuk melahirkan
generasi yang berilmu dan bermenfaat kepada masyarakat.

2. Tanah yang kedua ialah tanah yang dapat menakung air, tetapi air
itu tidak meresap ke dalam tanah dan tidak dapat digunakan oleh
tumbuh-tumbuhan.
Ini umpama orang yang menerima ilmu tetapi mereka menyimpan ilmu itu
untuk diri sendiri dan tidak dapat memberi menfaat kepada orang lain.

3 .Tanah yang ketiga amat keras permukaannya dan langsung tidak dapat
menerima air hujan. Air hujan yang jatuh ke atasnya tidak akan
diserap, malah akan terus mengalir ke dalam longkang.
Ini umpama orang yang langsung tidak menuntut ilmu dan oleh itu
jadilah ia orang yang tidak berilmu dan tidak memberikan menfaat
kepada dirinya apatah lagi kepada orang lain…dan inilah yang paling
ramai dalam ummat hari ini.


Tanya lah diri,kita digolongan mana?

Suci : Tidak miskin jika membela ISLAM,Tidak hina jika meriba ISLAM yang mulia

0 comments:

Post a Comment