Thursday, August 27, 2009

Nikmat Allah S.W.T


Sebagai kalifah di atas muka bumi ini,kita adalah makhluk yang paling beruntung kerana di kurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t.Dia mencipta dengan seelok-elok makhluk.Namun pernahkah kita hitung kembali berapa banyak kesyukuran yang telah dipanjatka ke atasNya???Kadang-kadang kita sering lupa dengan apa yang telah dikurnaiakan olehNya.Kita seringkali mengeluh dengan apa yang telah ditentukan olehNya.Kita juga sering menyalahkan takdir apa yang berlaku ke atas diri kita.Dengan ini jadilah kita hamba yang toidak bersyukur,hamba yang kufur terhadap nikmatNya.Tidakkah kita ingat,Allah telah jadikan udara tanpa meminta sedikit pn bayaran daripada hamba-hambaNya.Adakah kita lupa bahawa Allah jadikan semua kejadian yang wujud di muka bumi ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kita sedar dan mengucap syukur serta tunduk sujud kepada yang maha Esa.


suci : jadilah kita hamba yang sentiasa syukur pada nikmatNya

Tiga perkara menyatakan syukur :

1) Ucapkan Alhamdulillah - Lidah

2)Sujud Syukur - Dengan perbuatan

3) Niat dalam hati - Serahkan diri hanya padaNya

0 comments:

Post a Comment