Thursday, August 27, 2009

Salam maal hijrah

Alhamdulillah,sekali lagi kita masih diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan nikmat untuk sama-sama menyambut kedatangan awal Muharam tahun 1430 Hijriah yang bakal tiba. Di kesempatan ini saya mengucapkan Salam Hijrah pada semua sahabat² muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari² yang mendatang.

Kepada sahabat-sahabat sekalian,bagaimana dengan kehidupan kita hari ini,adakah lebih baik dari semalam ataupun sebaliknya?pernahkah kita bertanya pada diri sepanjang tahun-tahun yang kita lalui adakah ia diisi dengan amal-amalan yang berfaedah?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri."(Ar- Ra’d: 11)
Setelah menyambut tahun baru iaitu tahun baru hijrah,selang beberapa hari pula tahun baru masihi pula akan menyusul.Nampaknya matlamat dan azam kita boleh dirancangkan sekaligus…Persoalannya kenapa dan mengapa azam dan matlamat baru hanya dibuat pada setiap kali muncul tahun baru? Tidak boleh ke dibuat bila-bila masa?Kenapa azam dan matlamat hanya hendak dilakukan setiap kali munculnya kalendar tahun baru?

Ada kemungkinanya untuk mudah dikira, dihitung, dimuhasabah serta direnungkan setiap peristiwa baik buruk kejayaan kegagalan pahit manis onak duri dan sebagainya sepanjang tempoh satu tahun..mungkin itu realitinya.Tapi adakah setiap matlamat yang kita rancang itu berjaya dicapai? Jika tidak kenapa tidak berjaya?Ramai yang tidak berani membuat azam dan matlamat yang besar! KENAPA?Ramai yang takut untuk bertindak dan takut untuk buat komitmen untuk mencapainya!Maka tinggalah matlamat itu sekadar IMPIAN dan menjadi angan-angan…

Apabila disebut hijrah,sudah tentu minda kita tertumpu kepada pepindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain,tapi itu dari segi rawaknya. Dengan kata lain hijrah juga adalah merupakan proses pertama atau landasan pertama dalam membentuk personality yang baru. Inilah yang dikatakan lonjakan, anjakan, towering personality, alaf baru atau pelbagai lagi ungkapan yang memperlihatkan perencanaan supaya berlaku hijrah yang lebih nyata. Sebagai seorang pelajar kita mesti ada lonjakan diri untuk menjadi insan yang lebih cemerlang. Kita juga perlu mengambil kira perubahan-perubahan yang kita lakukan antaranya:
-Daripada tidak tahu kepada tahu,
-Daripada tidak berilmu kepada Berilmu,
-Daripada Miskin ke Sederhana,
-Daripada Sederhana kepada Kaya (budi),
-Daripada sekadar menerima kepada memberi,
-Daripada sikap buruk kepada baik,
-Daripada malas kepada rajin,
-Daripada kegagalan bangkit kepada kejayaan,dan pelbagai lagi perkara yang perlu kita hijrahkan untuk sesuatu yang lebih baik…

Jadi sebelum kita menyambut tahun baru 2009 jangan lupa untuk menyambut Maal Hijrah 1430 dengan azam perubahan dan penghijrahan yang mampu menjadikan kita lebih baik daripada tahun 2008!Salam kejayaan buat sahabat-sahabat semua…

Suci : Tetapkan matlamat Hijrah terlebih dahulu…sebelum matlamat tahun baru!

0 comments:

Post a Comment