Friday, January 21, 2011

Rintihan Cinta..


Terima kasih ya Allah..

Cinta yang Engkau kurniakan itu hanya lah untuk-Mu..tidak akan aku sia-siakan fitrah yang di amanahkan untukku..Sujudku pada-Mu seluas hamparan sejadah dunia..Akan ku abadikan cintaku pada-Mu melalui jalan perjuangan yang penuh dengan nikmat ujianMu..Aku akan cedera dengan separah mungkin..Kekecewaanku akan melebihi sebanyak limpahan lautan duniaMu..Gugur luruh jiwaku,berdarah parah hatiku,sonsang perasaan jika aku gagal memiliki-Mu sebagai cinta yang TERATAS!!!

Melodi jiwa yang selalu mengusik kalbu..(mawaddah)

Aku tahu Engkau Tuhanku adalah cinta Agung
Aku pun mahu mencintai-Mu
aku tahu mencintaimu amat perlu
Biar kemuncak daripada segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu tapi
cintaku pada-Mu Tuhan selalu terganggu..

Banyak yang datang mengganggu
Nafsu ku dan syaitan terkutuk
Dunia mempesona menggamit selalu
Di waktu itu lupa kepadaMu..

Cintaku jauh sekali
sekali sekala datang juga
walaupun sedikit terasa indahnya
Kemudiaan lupa lagi
Adakalanya lupa ku padamu berpanjangan sekali..
Kemudian sekali sekala sedar kembali engkau cinta Agung...

Dengan hati yang sedih ini..
Tolonglah aku dengan rahmatmu
Bantulah aku mencintaimu
Agar cinta yang palsu terbunuh sendiri
Itulah harapanku padaMu..

Oh Tuhan dengarlah rintihan hamba-Mu...

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda,

" Sesungguhnya Allah SWT tELAH BERFIRMAN : "Sesiapa yang memusuhi wali-wali-Ku sesungguhnya Aku akan mengisytiharkan perang ke atasnya. Dan tidaklah seseorang hamba itu menghampirkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Ku cintai melainkan dengan apa yang telah aku fardhukan ke atasnya, berterusanlah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepadamu dengan mengerjakan amalan-amalan nawafil hinggalah Aku mencintainya. Apabila Aku mencintainya Aku akan menjadi pendengarnya yang dengannya ia mendengar, Aku adalah penglihatannya yang dengannya ia melihat dan tangannya ia memegang dan kakinya yang dengannya ia berjalan. Dan jika ia meminta dari-Ku, aku akan mengurniakannya dan jika ia memohon perlindungan dengan-Ku, Aku akan melindunginya."

(HR. Bukhari)-Hadis Qudsi



Syahidahitusuci
22 Januari 2011/17 Safar 1432H
01 : 10 a.m
@Binjai




0 comments:

Post a Comment