This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, December 14, 2011

Mabrok dik

Mabruk buat anak usrahku..masih kak ingat lagi wajahmu yg jernih,matamu yang redup,bicaramu yang halus,sopan santunmu yang luhur..setelah 6 tahun lamanya kita tak bersua,kini kamu sudah berada disisi fitrahmu..Alhamdulillah..semoga Allah meredhai kalian berdua..

(Rombongan pengantin lelaki)

"Di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum : 21)

(Faridah bergambar bersama abang kandungnya)

"Sentiasa perbanyakkan jambatan pahala buatmu, jangan memilih-milih jambatan itu, kerana kamu tidak ketahui jambatan mana, atau jalan mana, atau pintu mana yang akan menyeru kamu ke syurga"

syahidahitusuci : rindu saat kita berusrah..
(ehsan foto dari Muhammad Tajuddin Al-Jawiy)

Monday, December 5, 2011

Alhamdulillah..sudah SAH bergelar...


Alhamdulillah..akhirnya sudah SAH bergelar ALUMNI USIM
Thank you ALLAH

Sunday, November 27, 2011

Barokallahulakum..

Ya Allah Ya Rahman..

Semaikanlah ke atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah keduanya jalan petunjuk dan taqwa.Lanjutkan umur keduanya didalam kehidupan bahagia dan mengembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah keduanya dalam persefaham dan kemesraan, dan jadikanlah keduanya sentasa merasai Qana'ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah,kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah, keduanya nikmat yang berkat. Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaanMu dan keredhaanMu Ya Allah.



( Rafiqah & Hafiz )

( Kak Fizah & Abe Mi )

syahidahitusuci : Tahniah buat kalian..Pimpin lah Baitul Muslim Kalian hingga ke syurga

Sunday, November 20, 2011

Selamat hari keputrian buat NAJIBAH si bakal JENAZAH..

ini peringatan buatmu NAJIBAH a.k.a syahidahitusuci

Bersihkanlah kamu sebelum kamu dibersihkan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan!
Dengan kain kapan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak ada guna lagi bersedih...
Walupun orang yang hadir itu merintih...

Selepas itu kamu akan diletakkan diatas lantai...
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Beserta Fatihah,selawat dan doa...
Sebagai memenuhi fardhu kifayah

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sbelum kamu disedarkan...
Dengan panggilan izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalqinkan1
Kerana ia berguna untuk yang ditnggal...
Bukan untuk yang pergi!

Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan!
Namun ketika itu istigfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
Serta menikmati rezeki Tuhan!
Justeru bila dia menyeru..
Sambutlah seruanNya sebelum Dia...
Memanggilmu buat kali terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya...
Setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu...
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke satu mercu...
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia..
Tapi gunalah ia buat melayari bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'hayya alas solaah'...
Dengan penuh redha dan bersedia!
Sambutlah 'hayya alal falaah'...
Jalan kemengan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal...
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan...
Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna...
Harta,takhta dan putera...
Suami, kad kredit dan kereta...
Kondominium,saham dan niaga..
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

syahidahitusuci : kita sentiasa muda untuk melakukan dosa..tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat!!!

Tuesday, October 11, 2011

Matawang Syariah Dinar Dirham


Menyemarakkan Penggunaan Matawang Syariah Dinar Dirham serta Memerangi Riba Dengan Memperkasakan Penggunaan Dinar dan Dirham.


Sebelum kedatangan Islam, orang Arab hanya mengenali wang emas dan perak sahaja. Wang emas mereka sebut sebagai dinar dan wang perak disebut sebagai dirham. Perkataan dinar diambil dari denarius dan dirham dari drachm. Diantara wang emas yang diterima pakai ialah al dananir Hiraqalah ( dinar Heraklus - denarius sollidus Kerajaan Byzantine) dan al dananir al qaysariyah ( Dinar Kaisar Rom ). Wang perak pulak terdiri dari dua jenis , al darahim al musawaddah baghli ( Perak sepenuhnya tapi beratnya dua kali ganda dari dirham mengikut kitab Fiqah - Nuqud m/s 3) dan dirham tabari. Berat wang emas dan perak ini adalah dua kali ganda dari beratnya dinar dan dirham di zaman pemerintahan Islam. Lihat shudhur m/s 4 dan nuqud m/s 24-25. Masyarakat Mekah menggunakan mithqal dalam timbangan mereka. Wang emas dan perak ini diukur dengan mithqal. Rasullullah s.a.w menyebut bahawa sukatan ialah mengikut masyarakat Madinah sementara timbangan mengikut masyarakat Makkah. Sa' dan Mudd ( cupak dan gantang) ikut Madinah dan mithqal ,uqqiyah dan qirat ikut Makkah.

Rasullullah menyebut tentang zakat emas dan perak merujuk kepada 5 uqiyah Perak asli bersamaan dengan 200 dirham dan zakatnya ialah 5 dirham dan 20 dinar dengan 1/2 dinar.

Imam Malik menyebut didalam Kitab Al Muwatta' bahawa sunnah yang disepakati kami ialah zakat dibayar jika sampai 20 dinar emas dan 200 dirham Perak.

Jika kita merujuk kepada Kitab Bidayatul Mujtahid ada satu bab khas yang membicarakan tentang Pertukaran dinar dinar dan dirham dirham dari berlainan jenis.

Didalam Kitab Al Muwatta' Imam Malik menyebut :

Adalah tidak baik apabila menukar secara timbangan yang sama berat untuk memberi duit syiling emas lama yang elok dan meletakkan bersamanya dengan emas yang belum ditempa untuk ditukar dengan emas Kufah yang terpakai, yang tidak terkenal dan untuk kemudiannya meletakkan pertukaran tersebut sama dengan masalan bi masalin atau sawan bi sawain (sama untuk sama).

Imam Malik berkata, "Sebab mengapa pertukaran ini dilarang ialah kerana pemilik emas yang baik itu menggunakan kecemerlangan duit syiling emas lamanya seperti satu alasan untuk mencampakkan emas yang belum ditempa dengannya. Jika tidak kerana keunggulan (baik) emas keatas emas pihak lain, pihak lain tidak akan menukar emas yang belum ditempa untuk ditukar dengan emas Kufahnya, dan perjanjian aqad ini akan ditolak.

Dinar - dinar dan dirham - dirham yang ada sebelum zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan adalah tidak seragam. Dinar sebelumnya dirujuk disegi bahasa sebagai wang emas. Dinar yang dirujuk oleh Rasullullah s.a.w ialah pada istilah fiqhiyah 1 mithqal merujuk pada timbangan masyarakat Mekah.



Khalifah Abdul Malik bin Marwan terpanggil untuk mencetak dinar dan dirham kerajaan Islam sendiri kerana ugutan Kerajaan Byzantine mahu meletakkan kata kata penghinaan pada Rasullullah s.a.w pada koin - koin emas mereka dari segi bahasanya dinar mereka. Khalifah bermesyuarat dengan alim ulamak dan pimpinan kerajaan,dengan tercetaklah dinar Islam pertama dengan memakai timbangan mithqal Syria merujuk pada 22 qirat. Pada dinar ini diletakkan kalimah La illa ha illallah dan ayat suci Al Quran. 1 Mithqal menjadi 1 dinar pada bahasa dan pada ukuran fiqhiyah.

Dirham juga diselaraskan. Sebelum ini wang perak ada 2 jenis. Dirham Al Musawadah dan dirham tabari. Dirham Al musawadah adalah lebih besar dan lebih berat berbanding dirham Tabari. Kedua dua wang perak ini berasal dari Kerajaan Sasanid Parsi.

Bab Zakat Rasullullah s.a.w menyebut dalam hadis, Al Muwatta' :

" Tidak ada zakat pada unta yang kurang dari lima ekor, tidak ada zakat pada perak yang kurang dari 5 uqiyah dan tidak ada zakat pada tamar yang kurang dari lima awsaq ".

Khalifah Abdul Malik bin Marwan bimbang jika zakat dikenakan menggunaan ukuran dirham al musawwadah , maka 200 dirham nisab adalah terlalu besar dan jika dirham tabari digunakan sebagai standard dirham Islam maka akan membebankan pembayar zakat dengan timbangannya yang kecil. Sebelum ini masyarakat Islam membayar zakat perak dengan separuh dengan dirham besar ( al musawadah) dan separuh lagi dalam dirham kecil (Tabari).

Dalam mencetak dirham umat Islam sendiri, dia mengumpul kedua dua dirham, yang besar beratnya 8 danaq dan yang kecil 4 danaq, beliau mengambil 6 danaq sebagai ukuran dirham, yang besar dikecilkan dan yang kecil dibesarkan dengan 2 danaq. Dengan merujuk pada mithqal, dirham ini dengan timbangan 6 danaq apabila ditimbang dengan 7 mithqal akan sama dengan 10 dirham.

Dirham ini mengandungi tiga asas kriteria utama :

1. Beratnya 7/10 yakni 7 mithqal (dinar) bersamaan 10 dirham mengikut Saidina Umar r.a.

2. Beratnya dirham berjaya diseragamkan tanpa dirham yang besar atau kecil.

3. Dirham ini menepati bayaran zakat yang diperintah oleh Rasullullah s.a.w tanpa terlebih bayar atau terkurang.

Dalam menafsir hadis kita harus sama merujuk kepada amalan tiga generasi pertama Islam. Mereka lebih memahami amalan sunnah dalam muamalat. Dinar dan dirham Khalifah Abdul Malik bin Marwan diiktiraf ulamak dari kalangan sahabat, tabiin dan at tabiinat tabiin seperti yang disebut Imam Malik sebelum ini.

Monday, July 11, 2011

JOM ke KELCHEFF 2011

Alhamdulillah..puji-pujian untukMu segala pemilik yang ada dilangit dan dibumi,hamba menyembah sujud tunduk patuh taat setia teguh dengan tali rahmatMu. Bulan julai yang sudah seminggu berlalu, syahidahitusuci berjaya berminda positif bersama tugas-tugas kerja Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 (KELCHEFF 2011)




(Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

(Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

(Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

(Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

Tuesday, July 5, 2011

Bila terasa diuji..

Bila terasa di uji..
Penyembuhnya disini..

“Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” ( Al-Baqarah : 156-157 )

Sunday, June 19, 2011

Aku benci Pengkhianat!!!

Pengkhianat!!kamu akan dilaknat

Hukuman akan menyiat-yiat

Jasad Kamu akan jadi lumat

Itu lah janji Maha Pelaknat


syahidahitusuci
@binjai
11 : 23 a.m
19 Jun 2011/17 Rejab 1432H

Thursday, June 16, 2011

Kuda ku maju menerjang




Kuda perang berlari kencang

Tersarung pedang semangat juang

Berteriak lantang membelah padang

Menggertak tulang si petualang






Kuda perang berlari kencang

Di tanah kijang meniup gendang

Maju menerjang angkasa bintang

Bersama penunggang pergi berjuang




Syahidahitusuci
@binjai
03 : 02 a.m
16 Jun 2011/13 Rejab 1432H

Thursday, June 2, 2011

Pimpinlah BAITUL MUSLIM kalian ke pintu SYURGA

“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan”

(At-tahrim : 6)



Barokallahulakuma wa baroka alaikuma wajama’a bainakuma fi khair.. Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari meraikan pasangan pengantin baru sahabat sekuliah ana Nurhafizah dan pasangannya Mohd Shahrul Nizam. Suasana yang indah di serikan lagi dengan warna-warni ragam taulan yang datang bertandang mengucap lafaz tahniah beserta doa di hujung mulut yang mulus lagi tulus buat pasangan pengantin. Semoga kehidupan baru yang bakal kalian lalui menjadi lebih indah dan tidak merencatkan cinta kasih kalian kepada pemilik cinta Agung.

Tahniah juga kepada sahabat seperjuangan ana kak Syarzielah Aleya dan pasangannya ust Tajul Aarif. Kak Aleya adalah sahabat ana yang cukup akrab semasa ana mula melangkah ke bumi USIM, seorang yang suka bercerita tentang suka duka rasa. Rindu rasanya nak menadah telinga mendengar celoteh dari akak. Terasa cepat masa berlalu, kini akak sudah bergelar zaujah kepada sang zauj, sungguh ana kata kan kenangan bersama adalah kenangan yang terindah pernah kita cipta. Khas buat kak aleya, semoga kehidupan baru ini tidak akan merencatkan Dakwah dan Tarbiyah akak dan zauj..semoga prioriti dakwah semakin mendaki hingga ke puncak awan. Ucapan maaf yang tidak terhingga buat akak kerana tidak dapat memenuhi undangan hari bahagia kalian.

Hati mana yang tidak berbunga tatkala berita hari bahagiamu hinggap ke cuping telinga, buat bakal pengantin kak Ainul Faridah dan pasangan Zulhadi semoga baitul muslim yang bakal kalian lalui sekaligus menempatkan kalian sebagai penerus baitul haraki yang akan melahirkan mujahid/ah yang berjiwa sufi berfikrah haraki. Kepada kak naqibah ku, berjuta-juta kali maaf diri ini memohon dari mu kerana tidak dapat meraikan hari indah kalian. Dek tanggungjawab yang harus di pikul menuntut ana berjuang di sini tatkala hari bahagia kalian berlangsung.

Alhamdulillah..seorang lagi sahabat ana bakal menyempurnakan separuh dari agamanya, Tahniah kepada Nur Shafawati & Abdul Hakim..anda telah bijak mengatur langkah dalam mencatur hidup yang akan kalian lalui bersama. Apabila lafaz itu telah di ucap, maka halal lah pergaulan kalian..bercinta lah kalian hingga ke syurga. Sekali lagi ucapan maaf buat adikku kerana di saat hari indahmu kakakmu ini akan berada di medan perjuangan.

Kad yang datang mengundang menggundah hati yang kian meredup di hujung senja, ana kira,bahagia nya hati kalian di waktu ini menunggu hari indah penuh sejarah. Pening ana di buat kalian, terlalu bijak yang amat, sebulat suara sepakat hati..tautan ukhwah yang kalian janji kan telah terpatri di tarikh 03 Jun 2011, di saat tarikh ini ana cukup yakin sekali hati kalian bertiga akan menyantun rasa yang sama. Insya’Allah.. kunjungan ana bakal tiba dengan membawa selebar senyuman di hari walimah kalian. Tahniah buat ketiga-tiga sahabat MSK seperjuangan Kak Nor Aini & akh Zawawi, Kak Rosliza & akh Arif, Yah & akh Fakruddin.

Ikhlas dari diri ini buta kalian...

Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang. Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata. Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia.

Sahabatku,
Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang. Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka. Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang dia suka dan apa yang dia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang dia suka dan apa yang dia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah.

Suci : Di hari indah penuh syariah, ku bermadah ku menadah Semoga rumahtangga kalian sentiasa dalam sakinah,mawaddah wa rahmah.


Tuesday, May 10, 2011

Aku Mohon di berikan Kekuatan


Aku memohon diberikan kekuatan

Namun aku diuji Allah kesukaran dan kepayahan

Untuk menjadikan aku hamba yang kuat dan tabah

Aku memohon diberikan kebijaksanaan

Namun Allah mengujiku masalah demi masalah

Untuk aku selesaikan dengan bijaksana

Aku meminta diberikan kemewahan

Namun aku hanya dianugerahi akal fikiran dan tenaga

Supaya aku mampu bekerja dan berusaha untuk mendapatkannya

Aku memohon diberikan keberanian

Dan itu Allah memberikan pelbagai bahaya

Untukku tempuhi dan hadapi

Supaya aku menjadi lebih berani

Aku memohon supaya diberikan kasih sayang

Namun Allah mengutuskan aku

Dengan orang-orang yang dalam masalah

Supaya aku dapat membantu mereka

Untukku menyayangi dan disayangi

Sesungguhnya aku tidak mendapat segalanya yang aku kehendaki

Tetapi Allah memberikan aku segalanya yang aku perlukan

Segala Rahmat dan RahimMu kusyukuri

Kerana Dikau sahaja yang mengetahuinya

Apa yang terbaik buat diriku

Kaulah sahaja yang mengetahui

Segalanya syukur pada Mu..


syahidahitusuci

6 Jamadil awwal 1432H

10:30 pagi

@binjai


Sunday, May 8, 2011

Hari-hari hari ibu..



Untukmu ibu...

( Remalah Mohamed )

Kejadian jasad dan kehalusan hatimu

Di jadikan Tuhan paling istimewa

Dan kejadianmu adalah penuh rahsia

Ketabahanmu seorang ibu

Ketaatanmu seorang isteri

Keayuanmu seorang permaisuri di hati abah

Meletakkan dirimu teratas

Bukan sahaja sebagai pelengkap

Malah menjadikan kesempurnaan hidup insan


syahidahitusuci

8 Mei 2011

4 Jamadil awwal 1432H

9:14 a.m

Villa Nisa' K.Kerian


Friday, April 29, 2011

Salam bakal JENAZAH

Berjuta hamdallah ku panjatkan padaMu wahai pemilik jiwa-jiwa insani kerana masih lagi di beri ruang dan waktu untuk insan dhaif bernafas di kebun maya ini. Alhamdulillah, manisnya ukhwah bila diri dan sahabat , sama-sama duduk bermuhasabah mengingati mati.

Ziarah sahabat di VN, ini lah rutin setiap minggu setelah selesai tanggungjawab berkongsi ilmu bersama adik-adik USM. Dapat bersua muka dengan wajah-wajah yang tersayang hilang segala penat lelah setelah seharian berkhidmat. Terima kasih kepada sahabat sekalian sudi menerima tetamu yang tidak di undang ini. Terima kasih juga kepada sahabat ku Nor Asma dan Kak Ayu kerana kamu lah asbab yang telah membuat diri ini terkedu bila terpandang di kepala katil tersangkut replika Nisan kayu yang di ukir namanya sendiri berbalut kapan putih. Sungguh, ana katakan ini peringatan yang cukup bijak..





" Setiap yang bernyawa akan menemui ajal, dan sesungguhnya akan disempurnakan ganjaran kamu pada hari kiamat. Sesiapa diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam jannah(taman/syurga), maka sesungguhnya dia telah beruntung. Dan kehidupan dunia tidak lain melainkan kesenangan yang memperdayakan."


Dimulai dengan nama Zat Maha Tinggi, kukumandangkan semangat aqidahku.
Lalu dengan segala puji, kutundukkan kehambaanku lebih dalam.

Kemudian dengan keagunganNya, kuzikirkan Asma’-Mu yang mulia
ArRahman-Mu yang menyelimuti siapa dan apa pun di bumi langit tak terdefinisi.
ArRahim-Mu yang menyejukkan jiwa bagi hamba-hambaMu yang tunduk pada Risalah-Mu.

Lalu dengan Kekuasaan-Mu, Engkau sampaikan pada kami peringatan
Bahwa Engkau adalah penguasa hari perhitungan yang sangat dahsyat itu
Membawa kami supaya tidak lalai karena ke-mahabaikan-Mu itu, untuk mempertanggungjawabkan segala hal yang kami perbuat di jejak-jejak hidup kami ini

Ketakutan kami yang timbul jika memikirkan hari itu, membuat Engkau tuntun kami dengan prinsip kehambaan yang agung
Wahai Hamba-KU, Hanya pada-Ku kalian beribadah dan meminta pertolongan…
Membangkitkan keberanian dan kejelasan sikap kami, bahwa tidak ada penghambaan selain hanya kepada-Mu.

Lalu Engkau ukir jalan kami dengan aplikasi ke-hanifan dan ke-istiqomahan.
Engkau karuniakan rahmat serta berjuta pemeliharaan.
Engkau berikan pedoman tegas, ambil jalan keshiddiq-an, jalan kesholehan, jalan para syuhada dan jalan orang-orang yang dirahmati, bukan jalan orang sesat dan dimurkai.
Seperti jalan yang dipilih para ahli kitab nasrani dan Yahudi itu.
Jika dan hanya jika kami telah tunduk dalam kehambaan kepada-Mu.

Innalillahi wa inna ilaihi raajiun..

Syahidahitusuci
23:54 p.m

Jumaat

29 April 2011

Sunday, April 10, 2011

Suara ku berharap..

Rasanya agak lama ana menyepi dari dunia maya ni, di sebabkan waktu yang agak mengekang kehidupan, tangan ini seolah-olah merajuk kaku dari dunia penulisan. Namun sedari hakikat ini ana cuba bangkit sekali lagi dalam arena dakwah maya ini. Teguran sahabat membuatkan ana teringatkan kembali tentang perkongsian bijak ilmu Islami suatu ketika dulu bersama sahabat-sahabat. Mungkin tidak banyak yang ana ingin perkatakan disini ,cuma sedikit perkongsian tentang kupasan ana bersama-sama sahabat tentang tinta pejuang islam ikhwanul muslimin Mustafa mashyur “Jalan dakwah antara keaslian dan penyelewengan”. Memandangkan banyak sekali yang kita lihat pada waktu ini ramai sahabat-sahabat kita di luar sana futur di jalan dakwah, hati terasa cukup terpanggil untuk mengupas kembali buah-buah fikiran lontaran dari idea bjaksana sahabat-sahabat. Tentu sekali hati ini cukup-cukup terpanggil bila hati ini sendiri sedang berada di persimpangan laluan.

Memang tidak dapat di nafikan lagi bagi seorang pejuang islam, jalan menuju dakwah bukan lah sesuatu yang mudah untuk kita lalui,banyak mehnah dan tribulasi yang akan kita hadapi. Pelbagai karenah-karenah di dalam perjuangan seperti penyelewengan tidak kira dalam apa segi sekali pun. Kita sebagai pemuda dakwah hendaklah mengenal pasti penyelewengan-penyelewengan itu dan seterusnya menjadi tugas kita mengambil tindakan yang sepatutnya untuk membuang virus ini dari landasan dakwah yang sebenar. Sepertimana yang di katakan Allahu Ghayatuna yakni Allah matlamat kami,yang mana kita bekerja hanya semata-mata kerana Allah Ta’ala. Maksudnya di sini matlamat kita adalah matlamat yang asal tidak bercampur dengan matlamat-matlamat yang menyeleweng.

Di dalam buku ini juga banyak disebut tentang penyelewengan dari segi matlamat,sasaran,kefahaman dan juga dalam gerak kerja. Ada yang berbentuk zahir dan ada juga yang berbentuk batin. Apa yang ana ingin sentuh di sini ialah berkenaan penyelewengan dari segi matlamat iaitu menuju selain dari Allah. Sengaja ana menyentuh bab pertama yang berada di dalam buku ini kerana ia telah menjadi satu perbincangan hangat ana bersama sahabat-sahabat tentang isu ini. Penyelewengan di jalan dakwah bermula dari dari sudut batin adalah seperti penyakit hati, riak, takabbur, ujub, sombong dan sebagainya adalah punca utama yang menyebabkan penyelewengan ini berlaku. Bercakap mengenai hati, ia terlalu payah untuk kita terokai kerana ia terlalu halus perbahasannya. Mungkin ini dianggap benda yang remeh tapi jika kita biarkan akan mengakibatkan kesan yang cukup besar khususnya kepada sesuatu organisasi itu sendiri.

Sebagai jundullah kita harus lah sedar akan hakikat ini supaya kita tidak mudah teripu oleh habuan duniawi yang melekakan dan melalaikan kita sehingga membawa kita terhumban ke arah jalan penyelewengan ini. Sepertimana kata-kata Saidina Umar r.a diantara tanda-tanda orang yang takabbur ialah dia tidak mengiktiraf kerja sahabat-sahabat seperjuangannya sendiri dan yang seterusnya hanya menganggap dia saja yang betul,sifat ini datang apabila orang yang berkenaan mempunyai sesuatu dalam dirinya iaitu penyakit hati. Untuk mengelakkan diri kita dari terjebak dalam sifat-sifat yang seumpama ini ialah dengan kita selalu bermuhasabah dan juga suka mendengar nasihat orang lain untuk kita sama-sama menjaga keaslian jalan dakwah yang telah di bawa.

Ana cukup kagum dengan sahabat-sahabat yang bersungguh-sungguh dalam memberi idea dan pendapat masing-masing tentang isu yang dikemukakan dalam buku kecil ini. Banyak pandangan sahabat yang cukup menyedarkan diri ana.Terasa cukup tenang melihat wajah sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Allah ini yang berusaha seikhlas mungkin dalam memajukan diri demi kelangsungan agama Allah. Syukur pada Mu ya Allah kerana kurniaan Mu pada hamba sahabat-sahabat yang bernas teguran mereka,tajam pula pemikiran mereka dalam memacu keaslian jalan dakwah.

Wednesday, February 16, 2011

Rasulullah..Andai dikau hadir disisi




Rasulullah..Andai dikau hadir disisi
Tidak kami mungkir janji
Tidak kami hidup terkeji
Tidak kami tegar ingkari

Rasulullah..Andai dikau hadir disisi
Akan kami penuhi janji
Akan kami hidup terpuji
Akan kami tekad taati

Rasulullah..Andai dikau hadir disisi
Tarbiah lah kami dengan teliti
Ikat lah kami dengan janji Ilahi
Lahir kan kami sebagai insan sejati

Rasulullah..Andai dikau hadir disisi
Izinkan kami terus mencintai
Benarkan kami terus merindui
Kepadamu kekasih Ya Rabbul Izzati

syahidahitusuci
09:51 p.m
16 Februari 2011/13 Rabiulawal 1432H
@Binjai

Sunday, February 13, 2011

Family Day MSK 2011

Alhamdulillah selesai sudah Family Day MSK pada 12 februari lalu yang telah diadakan di Muara Chalet Tok Bali..program yang cukup bermakna ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan MP Pasir Puteh YB Tuan Muhammad Hussain..walaupun sempat hanya beberapa jam bersama dengan sahabat-sahabat seperjuangan namun ingin saya kongsikan sedikit kegembiraan ini bersama sahabat yang lain di kebun maya ini..amatc berbunga ria sekali hati ini tatkala dapat menatap wajah-wajah suci sahabat-sahabat semua..setelah berhempas pulas bergelumang dengan taklifan yang diberi sebagai incharge sukaneka dan cenderahati maka lahirlah gelagat-gelagat ini..hehehe..

( acara suami isteri..Ustaz Adib 1 family..sekali nge baby nya msuk tanding..aii kak siti,sejak bile duk dalam grup ustaz ni..hehehe)

(acara kail botol muslimin..gelagat ustaz suhaizi dan ustaz adib,ore kail ikang kat tok bali..blh ko dio nya g kail botol..ish3..)

( Haaa..yg ni pulak pasangan bahagia ustaz Bajili & zaujahnye..hah!!tiup jgn xtiup)


(Hasil kailan ustaz Fattah..agok2 brp sekilo nk jual tu???)


( ni pulak main bowling kelapa..dengan penuh bergaya dari tuk ngulu..)


( acara ni manyak susah woo..)



( tempat pertama telah disandang oleh bendahari kite..kate pengerusi majlis..he2)

( wajah ceria timb pres bile dpt hadiah..)

( berbaloi-baloi main..punya la besar hampernye tu)

"Semoga ikatan ukhwah kekal sepanjang hayat"
FAMILY DAY MSK 2011


syahidahitusuci

Sunday, January 30, 2011

Debaran kemenangan...

Debaran menanti mentari pagi
Di ufuk selatan menjadi saksi
Siapakah gerangan pejuang sejati
Di akhir sesi pengundian nanti

Sama-sama kita nantikan
Sama-sama kita saksikan
Jangan putus harapan
Jangan putus peradaban

Semoga kemenangan menjadi milik kita...amin...

00 : 41 a.m
30 Januari 2011
@binjai yang TENANG