Thursday, June 2, 2011

Pimpinlah BAITUL MUSLIM kalian ke pintu SYURGA

“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan”

(At-tahrim : 6)



Barokallahulakuma wa baroka alaikuma wajama’a bainakuma fi khair.. Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari meraikan pasangan pengantin baru sahabat sekuliah ana Nurhafizah dan pasangannya Mohd Shahrul Nizam. Suasana yang indah di serikan lagi dengan warna-warni ragam taulan yang datang bertandang mengucap lafaz tahniah beserta doa di hujung mulut yang mulus lagi tulus buat pasangan pengantin. Semoga kehidupan baru yang bakal kalian lalui menjadi lebih indah dan tidak merencatkan cinta kasih kalian kepada pemilik cinta Agung.

Tahniah juga kepada sahabat seperjuangan ana kak Syarzielah Aleya dan pasangannya ust Tajul Aarif. Kak Aleya adalah sahabat ana yang cukup akrab semasa ana mula melangkah ke bumi USIM, seorang yang suka bercerita tentang suka duka rasa. Rindu rasanya nak menadah telinga mendengar celoteh dari akak. Terasa cepat masa berlalu, kini akak sudah bergelar zaujah kepada sang zauj, sungguh ana kata kan kenangan bersama adalah kenangan yang terindah pernah kita cipta. Khas buat kak aleya, semoga kehidupan baru ini tidak akan merencatkan Dakwah dan Tarbiyah akak dan zauj..semoga prioriti dakwah semakin mendaki hingga ke puncak awan. Ucapan maaf yang tidak terhingga buat akak kerana tidak dapat memenuhi undangan hari bahagia kalian.

Hati mana yang tidak berbunga tatkala berita hari bahagiamu hinggap ke cuping telinga, buat bakal pengantin kak Ainul Faridah dan pasangan Zulhadi semoga baitul muslim yang bakal kalian lalui sekaligus menempatkan kalian sebagai penerus baitul haraki yang akan melahirkan mujahid/ah yang berjiwa sufi berfikrah haraki. Kepada kak naqibah ku, berjuta-juta kali maaf diri ini memohon dari mu kerana tidak dapat meraikan hari indah kalian. Dek tanggungjawab yang harus di pikul menuntut ana berjuang di sini tatkala hari bahagia kalian berlangsung.

Alhamdulillah..seorang lagi sahabat ana bakal menyempurnakan separuh dari agamanya, Tahniah kepada Nur Shafawati & Abdul Hakim..anda telah bijak mengatur langkah dalam mencatur hidup yang akan kalian lalui bersama. Apabila lafaz itu telah di ucap, maka halal lah pergaulan kalian..bercinta lah kalian hingga ke syurga. Sekali lagi ucapan maaf buat adikku kerana di saat hari indahmu kakakmu ini akan berada di medan perjuangan.

Kad yang datang mengundang menggundah hati yang kian meredup di hujung senja, ana kira,bahagia nya hati kalian di waktu ini menunggu hari indah penuh sejarah. Pening ana di buat kalian, terlalu bijak yang amat, sebulat suara sepakat hati..tautan ukhwah yang kalian janji kan telah terpatri di tarikh 03 Jun 2011, di saat tarikh ini ana cukup yakin sekali hati kalian bertiga akan menyantun rasa yang sama. Insya’Allah.. kunjungan ana bakal tiba dengan membawa selebar senyuman di hari walimah kalian. Tahniah buat ketiga-tiga sahabat MSK seperjuangan Kak Nor Aini & akh Zawawi, Kak Rosliza & akh Arif, Yah & akh Fakruddin.

Ikhlas dari diri ini buta kalian...

Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang. Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata. Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia.

Sahabatku,
Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang. Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka. Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang dia suka dan apa yang dia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang dia suka dan apa yang dia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah.

Suci : Di hari indah penuh syariah, ku bermadah ku menadah Semoga rumahtangga kalian sentiasa dalam sakinah,mawaddah wa rahmah.


Reactions:

0 comments:

Post a Comment