Saturday, September 5, 2009

Cerita sebuah kenangan


Ini lah cerita sebuah kenangan yang telah melahirkan bibit-bibit cinta dalam hakikat sebuah perhubungan yang ikhlas lahir dari hati.Kenangan bersama seorang sahabat bernama Fahima takkan ku lupakan,teringat akan wajah nya yang masih lagi terbayang di benak mindaku,raut wajah dan gelak tawa bersamanya mungkin kenangan yang cukup bererti buatku.


Fahima atau nama sebenarnya Zhang Yuhui adalah seorang pelajar cina yang berasal dari China ini cukup baik sekali,amat molek perangainya dan gelagatnya bukan lah seperti rakan-rakan senegaranya yang lain.Fahima cukup suka didampingi oleh kawan-kawan terutama oleh budak-budak melayu. Aku mula rapat dengannya pun baru dua tiga bulan je.Terima kasih kepada huda sahabatku yang memperkenalkan Fahima padaku.



Agak terkejut juga lah bila aku dapat tahu bahawa Fahima adalah seorang warganegara china yang tidak menganut mana-mana agama atau lebih tepat lagi maknanya dia adalah sebahagian dari golongan atheis.Mula-mula berkawan dengannya memang aku tak nafikan lah agak kekok juga nak bersembang tu,maklumlah dalam lughah arabi,aku ni tak berapa expert sangat pun setakat dua tiga patah perkataan tu insya’Allah…

Kali pertama bersembang dengan Fahima aku dah mula rasa tertarik dengannya,rasa macam tak puas bersembang,nak tahu dengan lebih dekat lagi tentangnya.Fahima sangat tertarik dengan Islam,katanya dia sungguh kagum dengan ikatan ukhwah persahabatan pelajar-pelajar muslim disini.Tidak seperti keadaannya sewaktu di China,kehidupannya seolah-olah telah di programkan.Di bumi Malaysia atau lebih tepat lagi aku katakan di bumi USIM ini dia merasa kan kehidupan yang penuh colourful,tiap-tiap hari ada saja benda baru yang dipelajari dalam hidupnya.


Seingat aku pertama kali aku menyambut salam perkenalan dengannya sewaktu persinggahan di stesen bas kampus,waktu itu sahabatku Huda ingin menghadiahkan tafsir Quran terjemahan english kepadanya memandangkan Fahima begitu teruja untuk memiliki tafsir terjemahan.Walaupun terjemahan itu adalah pemberian Ummi rose ( raudhatus sakinah ) kepada Huda,demi Agama Allah Huda sanggup korbankan tafsir terjemahan yang kukira salah satu dari benda kesayangan Huda kerana sebelum ini Huda pun amat mengimpikannya.



Walaupun dalam kepayahan untuk menerangkan setiap soalan yang ditanya oleh Fahima tentang ayat-ayat Allah disebabkan bahasa arab dan english kami yang kurang fasih Alhamdulillah Allah telah mudahkan jalan kami berdua dengan gabungan antara Bahasa english oleh Huda dan juga bahasa arab oleh aku,Fahima faham apa yang nak kami sampaikan kepadanya.



Ketika Fahima membelek-belek tafsir terjemahan yang berada di tangannya itu,antara soalan yang di tanya“ma huwa prophet Muhammad s.a.w“ .Dengan berbekalkan ilmu yang dikurniakan Allah ini kami menceritakan sedikit sebanyak sirah Nabi kepadanya,apa yang kami lihat Fahima cukup berminat untuk mengetahui tentang peribadi Rasulullah s.a.w.Tapi dek waktunya dan waktu kami mencemburui perbualan,terpaksa kami tamatkan perbincangan yang ku kira setengah jam berlalu.Fahima juga sudah mula tertarik dengan keindahan masjid di sekitar sini.Pertama kali dia meminta kepada kak tie untuk membawanya ke masjid putrajaya,melihat kesungguhannya kak tie dan beberapa orang sahabat lagi cuba untuk memenuhi hasrat hati Fahima.Bila bersembang dia juga turut terbiasa dengan ucapan insya’Allah.



Kata kak tie Fahima sekarang sudah mula belajar bahasa melayu,walaupun tidak seberapa petah ayat yang keluar dari mulutnya namun dia tetap cuba untuk bertutur dengan kami semua.Masih segar lagi di benak mindaku sewaktu jamuan kesyukuran hari lahir sahabatku Huda,Fahima di jemput sekali untuk sama-sama meraikan nikmat usia yang di kurniakan Allah kepada Huda.Dari pemerhatianku Fahima sama-sama menadah syukur dan mengaminkan doa sewaktu Huda memulakan dan mengakhiri bacaan doa kesyukuran.



Kami semua gembira dengan kedatangan Fahima yang banyak menceriakan suasana.Dalam kegembiraanWaktu sudah mula menghampiri senja,Fahima mencapai handsetku katanya nak menangkap gambar suasana langit di waktu senja,sejurus selepas itu dia meneunjukkan kepada kak tie gambar yang telah di tangkapnya sebentar tadi ” jamilah jiddan,ya Fahima ma huwa khalaqa sama’?” spontan sebaris ayat terpacul di mulut kak tie yang di ajukan kepada Fahima,balasnya“ Al-Khaliq”,kak tie cuba memancingnya lagi “man Al-Khaliq?” nampaknya Fahima memandang ke arah kak tie dan dia hanya mampu tersenyum.



Memandangkan seruan Allah memanggil seluruh hambaNya beribadah,kami meminta diri dulu untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba kepada yang Hak.Disinilah peluang kami mengajar Fahima tentang solat sebab katanya sepanjang dibumi USIM,ada juga dia tengok rakan-rakannya yang lain solat tapi tidak tahu bagaimana cara pergerakan sepenuhnya dari awal hingga akhir.Kami tidak lokek berkongsi ilmu dengannya apatah lagi dalam perkara-perkara yang melibatkan aqidah dan ibadat.Satu demi satu rukun-rukun solat kami tunjukkan padanya,walaupun tidak banyak persoalan yang ditanya kami harap Fahima mengerti.



Alhamdulillah sampai juga aku ke rumah baru kak Syu dan ustaz Alif.Niat kami hanya untuk menghantar sedikit makanan dari jamuan tadi yang telah dikirim Huda. Tanpa di duga kak Syu dan suami menjemput kami masuk dahulu,agak lama juga kami di rumah kak Syu,kelihatan Fahima diam tanpa kata.Agakku mungkin Fahima malu dengansuami kak Syu,tapi mujurlah ustaz Alif pandai menggunakan peluang yang ada supaya Fahima tidak kekok dengannya. Memandangkan kak Syu,kak tie dan hani dari Fakulti Syariah Undang-undang malam di rumah kak Syu kami di sajikan dengan tontonan kes pemurtadan Lina Joy,.Terpegun aku dengan hujah-hujah yang dikemukakan oleh seorang peguam yang aku tak berapa ingat namanya.



Kak Syu dan suami memang pandai memancing Fahima,sebelum kami mengangkat simpuhan kaki,kak Syu sempat lagi bertanya pada Fahima “ kobla enti tarji’u ila sin,hal mumkin enti tadkhul islam fi amaamaa?” sekali lagi Fahima memandang ke arah kak Syu dan tersenyum tanpa sepatah bicara.Waktu tidak mengizinkan kami lama di situ,sebelum pulang kami berwida’ dengan kak Syu,Fahima turut serta,satu pesanan dari kak Syu kepada Fahima yang aku kira satu pesanan yang mengajak Fahima ke arah Islam.



Waktu berlalu begitu pantas sekali,26 april 2009 tarikh Fahima kembali ke tanah airnya.Sehari sebelum hari keberangkatannya Fahima mengajak kami untuk makan bersama.Disini tercipta satu lagi secalit kenangan antara aku dengannya,kenangan terakhir sebelum Fahima terbang meninggalkan bumi USIM.



SUCI : Semoga hidayah Allah menjadi miliknya kelak

0 comments:

Post a Comment