Saturday, September 12, 2009

Bulan Bonus!!!Rezekiku..di RamadhanMu..

Alhamdulillah hari ini masih lagi di beri kesempatan untuk ana merayau-rayau di alam maya ini sambil-sambil mencari sedikit bahan untuk ceramah motivasi yang bakal di hidangkan untuk para mad'u kanak-kanak masyarakat orang asli di semenyih pada ahad nanti.Ternyata agak pening juga dalam mencari bahan yang sesuai memandangkan sesetengah mad'u yang bakal ana bertentang mata nanti bukanlah dari golongan yang seagama.Tapi apa nak buat,semua ini adalah cabaran dan dugaan dalam usaha mempraktikkan ilmu dakwah yang telah di selongkar selama beberapa semester pengajianku di Bumi USIM tercinta.

Kalau semalam 11 september adalah tarikh yang di ingati seluruh dunia kerana tragedi WTC yang gah di mata dunia akhirnya tersungkur jua menyembah bumi.Namun,11 september ini jugalah tarikh keramat yang telah melahirkan setinggi-tinggi rasa syukur kerana impian yang ana impi sudah memulakan langkahnya.Dengan segala berkat kesungguhan ana dan sahabat-sahabat maka pada tarikh ini telah lahirlah company yang telah di daftarkan ke atas nama BERKAT ITQAN ENTERPRISE yang berkemungkinan akan beroperasi selepas raya.

Inilah ibrah baru dalam hidup ana untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan.Walaupun perniagaan ini bukanlah gah sebesar syarikat SIME DARBY namun apa yang pasti ini adalah satu penghijrahan baru ana di Bulan Ramadhan .

0 comments:

Post a Comment