Tuesday, October 5, 2010

Kematian kekasih ini..


Hari ini mati seorang pejuang
esok masih lagi mati seorang pejuang
lusa juga mati lagi seorang pejuang
bersama-sama dengan amal perjuangannya
meninggalkan semua kekasih dunia
menuju kekasih akhirat
kita semua menangis
kerana kehilangan sebuah harta

Matinya kekasih ini
dengan kapan putih papan reput
pembungkus tulang-tulang kering
daging beberapa kati hanya
dengan zat yang telah tiada
tapi ceritamu belum selesai
kamu akan dituntut oleh satu Raja
dengan darah dan isi

syahidahitusuci
camelia court
02:09 a.m
26 syawal 1431 H

0 comments:

Post a Comment