Saturday, October 17, 2009

Palestina tercinta...


Malam bertandang lagi,sibukku menjamah keheningan malam ini bukanlah seperti malam-malam yang kebiasaannya yang mana aku sibuk dengan tugasan kerja subjek.Tiba-tiba terlintas di benak mindaku untuk mencapai sebuah naskah kecil yang aku kira sudah berbulan lamanya di laci meja study sahabatku tanpa di usik.Otakku sedang mengimpulse sesuatu ke tanganku untuk mencapai majalah yang ku maksudkan.Lagi akalku sedang mentafsir dan berteka-teki apakah kandungan di sebalik naskah kecil yang ciri-cirinya tidaklah setebal novel cinta tulisan aisya sofea yang selalu ditatap sahabatku,dan juga tidaklah senipis mat’hurat yang mengandungi jutaan hikmahnya,ia hanya hanya sebuah naskah yang mempunyai beberapa helai halaman sahaja.Covernya juga jelas lagi terang menambah minatku untuk menyelami kandungan naskah tersebut.Kisah pembantaian Zionist terhadap saudara-saudaraku,terhadap perwira pahlawan-pahlawan Gaza,terhadap kesucian tanah air Al-Quds ku,terhadap maruah agamaku.


Malam ini juga kebetulan halwa telingaku dihidangkan dengan bait-bait puisi Masirah alunan syahdu dari suara emas panyanyi tanah air M.Nasir yang menikam dasar hatiku.Seolah-olah terbayang diruang mata,bagaimana sekujur tubuh anak kecil itu terkulai layu tersandar di ribaan ayahnya.Anak kecil yang tidak berdosa itu tidak lagi bernyawa,angkara senjata-senjata durjana yang meratah dan mengoyak rabak jasad kecilnya.Alangkah hiba dan sayunya mengenang saat-saat itu.Itu lah sedikit sebanyak kisah Abu Durrah dan anaknya yang dapat aku kupas dari naskah kecil yang kini telah menjadi bahan bacaanku,ini lah peristiwa yang menyayat hati di Netzarim.Telah banyak perkosaan zionis terhdap bumi palestin,tapi inilah salah satu peristiwa yang menyingkap wajah sebenar rejim zionis dan membangkitkan rasa amarah dunia pada suatu ketika dahulu.


Bagiku kekejaman zionis tidak ubah seperti Tsunami yang membadai Acheh,malah kemusnahan yang diwujudkanke atas bumi palestin lebih dahsyat lagi dari gempa bumi yang melanda tanah air padang.Selama berpuluh-puluh tahun nasib mereka di hujung senjata yahudi dan terkubur syahid di bawah puing-puing bangunan sama seperti pemergian daun kering yang gugur pergi di bawa arus.Ini lah fenomena yang terpaksa di lalui oleh anak-anak kecil yang telah biasa dengan dentuman meriam kereta kebal,letupan bom yang memekak telinga dan bunyi muntahan peluru yang bagai bertih jagung di goreng.Kini mereka menjadi yang rela bekorban demi mempertahankan maruah diri,kebebasan dan kedaulatan di tanah air sendiri.Lihatlah di sini,mereka tiada istilah mat rempit,minah bohsia,bohjan,dadah seperti apa yang berlaku di negara kita yang serba aman lagi sejahtera ini.


Kehebatan panorama dan sketsa bumi yang penuh kontroversi sejak dari tahun 1946 hinggalah ke hari ini.Bertambah cemerlang lagi apabila ia dikaitkan dengan campur tangan sekutu-sekutu durjana yahudi.Selepas sekian lama isu pembantaian besar-besaran tahun lepas dan entah yang keberapa kalinya.Dunia hari ini sekali lagi seolah-olah sunyi dari isu negara kiblat pertama umat islam ini.Kita juga seakan-akan lupa bahawa masih ramai lagi insan-insan yang tidak berdosa menjadi korban hinggalah ketika saat ini.Buktinya adalah setiap hari kita mendengar berita kekejaman zionis di media-media.Tentera Israel yang berhati kering ini berpesta seolah-olah tiada perasaan bersalah.Inilah jiwa kering yang dahagakan tanah,mengaku milik sendiri,kepada zionis( Israel ) sesungguhnya Masjid Al-Aqsa sememangnya adalah hak mutlak milik kami umat Islam.


“ Dan sesungguhnya,kami telah tulis dalam kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lohmahfuz;bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba Ku yang soleh”.( Surah al-Anbiya’ 21:105 ),dan jiwa-jiwa yang sarat dengan jihad Fisabilillah akan terus mempertahankan kesucian Al-Aqsa dan kemuliaan bumi palestin.”Minta lah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah,sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah,di wariskanNya kepada sesiapa yang dikehendakinya daripada hamba-hambaNya dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa”. ( Surah Al-A’raf 7:128 )

0 comments:

Post a Comment