Aku memohon diberikan kekuatan
Namun aku diuji Allah kesukaran dan kepayahan
Untuk menjadikan aku hamba yang kuat dan tabah
Aku memohon diberikan kebijaksanaan
Namun Allah mengujiku masalah demi masalah
Untuk aku selesaikan dengan bijaksana
Aku meminta diberikan kemewahan
Namun aku hanya dianugerahi akal fikiran dan tenaga
Supaya aku mampu bekerja dan berusaha untuk mendapatkannya
Aku memohon diberikan keberanian
Dan itu Allah memberikan pelbagai bahaya
Untukku tempuhi dan hadapi
Supaya aku menjadi lebih berani
Aku memohon supaya diberikan kasih sayang
Namun Allah mengutuskan aku
Dengan orang-orang yang dalam masalah
Supaya aku dapat membantu mereka
Untukku menyayangi dan disayangi
Sesungguhnya aku tidak mendapat segalanya yang aku kehendaki
Tetapi Allah memberikan aku segalanya yang aku perlukan
Segala Rahmat dan RahimMu kusyukuri
Kerana Dikau sahaja yang mengetahuinya
Apa yang terbaik buat diriku
Kaulah sahaja yang mengetahui
Segalanya syukur pada Mu..
syahidahitusuci
6 Jamadil awwal 1432H
10:30 pagi
@binjai