Resah cemas melanda jiwa
Berapakah harga sebuah perjuangan
Jika kita tunduk tewas
Terkongkong dan tertindas?
Ratusan abad kita kehilangan wajah
Masihkah ada lagi tanda semangat juang
Sedang saudara menjadi tebusan,buruan
Ratusan abad kita kehilangan rupa
Kini tanah ambia’ tuannya siapa?
Betapa pilu kelansungan hidup ini
Tiada seri di wajah,segalanya terbenam
Di sebalik ketakutan yang memburui
Tidada cahaya di hati
Segalanya malap dan gelap
Lalu merintihlah saudaramu yang rapuh
Kerana penceroboh megah berdiri
Mengaku hak merampas segala
Kita sebenarnya pejuang
Penentang musuh agama
Tetapi segalanya kosong
Tidak tertanam ketaqwaan
Tidak istiqamah keyakinan
Bangkit Saidina Abu Bakar dengan kebenaran
Bangkit Saidina Umar dengan keberanian
Bangkit Saidina Uthman dengan kesederhanaan
Bangkit Saidina Ali dengan kegagahan
Bangkit Salehuddin Al-Ayubi dengan keimanan
Bangkit segala mujahid
Bangkitlah umat memaknakan Islam
Berbadai dijiwa membela saudara sendiri
Berapi mata menuntut keadilan
Sedarlah,
Kini adalah firus
Penentu kelangsungan agama suci ini
Perjuangan itu mulia
Tegap kita dengan mata hati
Santun kita dengan telinga tajam
Kita lakar destinasi
Dengan agama dan semangat jihad
Ayuh!
Kita kukuhkan tiang yang lima
Dalam rangka kehidupan
Bersatu dalam kesatuan
Mencari Mardhatillah
-Syahidahitusuci-
12 Ogos 2006
Binjai
0 comments:
Post a Comment