Esok adalah tarikh getir buat pejuang-pejuang Da’wah and Islamic Management yang bakal bertempur di medan examination,aku yakin semua sahabat-sahabat sudah bersiap siaga dengan senjata ilmu masing-masing. Dan aku juga yakin di waktu pecutan akhir inilah banyak jiwa-jiwa yang semakin tertekan disebabkan banyak silibus-silibus subjek yang belum terulang kaji…hehe( macam aku gak ).
Kali ini lagu Allahyarham Sudirman berkumandang di laptop usangku, lagu AYAH dan IBU yang diiringi dengan melodi slow cukup menikam hati.Teringat aku terhadap perjuangan seorang ayah yang tidak mengenal putus asa dalam mencari nafkah untuk hidup anak-anaknya dan juga pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah mengenal erti letih dan jerih dalam memberi kasih-sayang kepada 5 orang putera-putera kesayangan dan juga 4 orang puteri-puteri yang dikasihi.
Naluri seorang ayah dan ibu tidak sama dengan naluri seorang anak,pengorbanan seorang ayah dan ibu tidak ternilai dengan pengorbanan seorang anak,jasa seorang ayah dan ibu tidak terbalas dengan jasa seorang anak. Oleh itu aku ingin mengajak sahabat-sahabat untuk kenang kembali mereka yang jauh nun di mata. Sempena nak dekat exam ni,sape-sape yang tak call mak ayah lagi tu call-call lah ye..minta maaf daripada mereka dan juga minta restu daripada mereka untuk keberkatan hidup…
SEMOGA BERJAYA SEMUA YE...