Saturday, September 12, 2009SyahidahitusuciNo comments
Alhamdulillah hari ini masih lagi di beri kesempatan untuk ana merayau-rayau di alam maya ini sambil-sambil mencari sedikit bahan untuk ceramah motivasi yang bakal di hidangkan untuk para mad'u kanak-kanak masyarakat orang asli di semenyih pada ahad nanti.Ternyata agak pening juga dalam mencari bahan yang sesuai memandangkan sesetengah mad'u yang bakal ana bertentang mata nanti bukanlah dari golongan yang seagama.Tapi apa nak buat,semua ini adalah cabaran dan dugaan dalam usaha mempraktikkan ilmu dakwah yang telah di selongkar selama beberapa semester pengajianku di Bumi USIM tercinta.
Kalau semalam 11 september adalah tarikh yang di ingati seluruh dunia kerana tragedi WTC yang gah di mata dunia akhirnya tersungkur jua menyembah bumi.Namun,11 september ini jugalah tarikh keramat yang telah melahirkan setinggi-tinggi rasa syukur kerana impian yang ana impi sudah memulakan langkahnya.Dengan segala berkat kesungguhan ana dan sahabat-sahabat maka pada tarikh ini telah lahirlah company yang telah di daftarkan ke atas nama BERKAT ITQAN ENTERPRISE yang berkemungkinan akan beroperasi selepas raya.
Inilah ibrah baru dalam hidup ana untuk memulakan langkah dalam dunia perniagaan.Walaupun perniagaan ini bukanlah gah sebesar syarikat SIME DARBY namun apa yang pasti ini adalah satu penghijrahan baru ana di Bulan Ramadhan .
Thursday, September 10, 2009SyahidahitusuciNo comments
Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk...
Orang yang suka beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka diet Orang yang baik disangka buruk Orang yang buruk disangka baik
Orang yang suka senyum disangka mengejek Orang yang masam disangka merajuk Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk Orang yang nampak ceria disangka membela
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana kita tahu ... Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah
Mana kita tahu ... Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya
Mana kita tahu ... Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana kita tahu ... Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya
Wednesday, September 09, 2009SyahidahitusuciNo comments
TOGETHER THROUGH WARM AND COLD
Di luar utara ( Mongolia Bahagian pendalaman ) musim semi telah tiba tetapi udara dingin tetap tinggal.Salju masih lagi jatuh pada April pagi ini.Di atas masih lagi menari-nari dilangit biru.Seorang laki-laki separuh baya umur abahku menarik gerobaknya, yang di atasnya duduk si anak lelaki kecil,dibungkus dengan selimut yang digunakan untuk sayur-mayur agar terhindar dari pembekuan.Dari waktu ke waktu bapanya menjaga jahitan selimut untuk menyakinkan bahawa putera kesayangannya masih lagi dalam keadaan baik.Dan hidup tentu saja kasar.Bapa dan anak hanya mempunyai satu sama lain untuk mendukung.Ketika ayahnya berteriak terdengar nada dari suaranya,guratan ekspresi wajahnya sangat menyentuh hati.Tak ada yang menolong,namun harus dijalani.
LOVE
Seorang bapa dan putranya yang tinggal di suatu tempat yang miskin berbukit-bukit nan miskin.Mereka menuntut tidak lain hanya sebidang tanah untuk miliki sendiri.Barangkali mereka tidak mempunyai suatu kesempatan untuk melihat dunia luar.Begitulah hidup mereka,mereka tidak mengetahui apa dan bagaimana sebuah rumahtangga,mereka tidak akan mengetahui menegenderai kereta,takkan pernah mereka melangkah ke suatu gedung membeli-belah.Tetapi adalah suatu kenyataan manusia sesiapapun dia segalan sesuatunya tergantung generasi ke generasi.Langit dan bumi sekalipun takkan mampu membayar kembali mereka adanya.Cintailah mereka!setidak-tidaknya hargailah mereka dihatimu.Jika tidak bagaimana mungkin kita bisa berbicara tentang diri kita sebagai manusia?
BLIND!!
Kita harus menerima bahawa masih banyak orang buta huruf bersama kita di masyarakat.Bagaimana jika kamu adalah salah satu dari mereka?
MOTHER'S LOVE
Cinta seorang ibu
Ibu-ibu dan anaknya
Apakah hidup seperti inikah?
I WANT GO TO SCHOOL
Di hari itu guru bahasa inggeris tiba di kampung kami,Guru mengajar kepada kami satu kalimat yanga amat awal"Aku ingin pergi ke sekolah".Anda dengar itu???itu adalah satu tangisan hati.
GRANFATHER TEAR'S.
Di hari itu kita tahu bahawa kita bisa menghadiri sekolah.Kita menjadi sangat bahagia.Tetapi datuk yang menangis,berteriak.Apakah kamu memahami?Air mata dari seorang yang lebih tua...Semester ini telah di hadapkan dengan seperti itu,bagaimana dengan yang berikutnya?
COAL CARRIER!!!
Pekerja pengangkut batubara.Dia harus memikul keranjang batubara seberat 40 kg,menyusunnya dengan kedalaman 100 meter,dan kemudian berjalan sejauh 1000meter melewati jalan yang bergunung-ganang dalam sekali dia di upah RM40,dia berumur 17 tahun.
OLD MAN CRYING
Orang tua menjual daging panggang untuk hidup,oleh kerana tidak mempunyai satu tempat pun untuk berdagang.Barangnya baru saja dirompak dan sepertiga roda tiganya telah di rosakkan,rantainya pun putus.Semua orang tua hanya dapat melakukan,duduk dan menangis..bagaimana dengan hari esok?
LOVE YOUR LIFE!!!
Tidak ada bunga mawar,tidak ada cincin berlian,tidak ada juga cinta???kalau begitu apa cinta itu???dengan ikhlas cintai hidupmu,cintai orang di sekitarmu...
Apa yang aku tuliskan disini adalah untuk mereka yang sentiasa dalam pengembaraan,Kehidupan yang dilalui oleh seorang pengembara seperti aku bukanlah mudah untukmenghadapinya,banyak masa yang perlu dikorbankan,banyak perkara yang perlu ditinggalkan,rintangan laluan yang diterobosi amat sukar direntasi,layar kehidupan yang sungguh mencabar banyak mengajar seorang insan seperti aku cuba untuk tidak mengeluh setiap ujian yang dihantar.Tapi dalam pengembaraan seorang insan seperti aku kadang-kadang tertanya ke mana haluan pengembaraanku ini???setiap detik yang berlalu selama ini banyak menyedarkan aku tentang hakikat kehidupan.Hari-hari yang ku lalui adalah pengembaraan yang sungguh panjang. Umur yang semakin meningkat menuntut aku untuk berdikari diperantauan.Kadangkala datang keluhan putus asa,dek amanah yang dipikul tidak tertanggung banyaknya.Hari ini aku meneruskan lagi pengembaraanku yang tiada berpenghujungnya,ini lah hakikat kehidupan seorang insan yang harus menerokai setiap nikmat hayatnya.Hati ini begitu resah,banyak peristiwa dihadapan yang terpaksa ditempuhi,berdepan dengan masyarakat tatkala diri belum bersedia menghadapi semua ini.Kehidupan seorang pengembara seperti aku juga tidak terlepas dari masalah-masalah yang selalu menghambat diri.Kadang aku lemah,kadang terasa diri ini gagah untuk bangkit kearahNya.Semalam adalah sejarah bagiku,hari ini adalah satu pengembaraan yang harus aku tempuhi dan hari esok pengembaraan aku ini mungkin akan pergi ke suatu tempat yang terlalu jauh,jauh dari kesibukan dunia.Tempat dimana akan ditempuhi oleh semua insan seperti aku.
Kembali menulis...
PELURU ADALAH KATA.. PEMICU ADALAH KITA..
Total Pageviews
DIA DI HATI
PENGUNJUNG
Mengapakah golongan muda Islam British menjadi ekstremis? Apakah risiko yang bakal dihadapi daripada serangan pengganas dalam negeri di Britain? Dengan menghuraikan pengalaman saya dalam kumpulan ini dan sebab-sebab saya menyertainya, saya harap untuk menjelaskan daya tarikan pemikiran ekstremis, bagaimana golongan fanatik menyusup ke dalam komuniti Islam dan niat sebenar di sebalik agenda mereka untuk menyerang Barat dan Islam moderat. Dengan penulisan yang menggambarkan masalah serius yang kini mencengkam perasaan dan minda orang Islam. Saya mendedahkan apa yang ahli politik dan 'pemimpin komuniti' Islam tidak mahu anda tahu.
Tuhan telah berikan mu sepasang tangan dan kaki..itu pun cukup lah untuk kau hidup dan mati dalam perjuangan,tapi jangan lupa,bukan perjuangan yang sia-sia..Menangislah dengan segala kehinaan dan kemiskinan yang ada padamu itu di hadapan Tuhan..kerana tangisan akan menjadi penyambut kepada kesengsaraan jiwamu itu.Menangislah dengan seluruh jiwamu sebagai seorang pejuang andai hanya itu yang kau mampu...
( kata-kata pinjaman dari Tuan kebun pemainbahasa )
Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia harus dijaga, dirapi, dipantau dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia.
Bidadari Dari Timur… Seandainya direntasi laut segara, Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu, Seandainya gunung dijadikan pasak, Belum tentu seteguh setiamu, Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri, Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…
Nasihat Nabi Isa AS kepada sahabat-sahabatnya: “Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya.” Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: ”Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kekayaan jiwa.”
HASIL PENULIS
‘Mengungkap kepakaran seorang nabi dalam pelbagai dimensi hidup’.